Wednesday, 10 May 2017


  1. Orang kata kalau nak berjaya jangan pandang kebelakang, tapi bagi aku tidak. Semakin hari semakin maju bukan? Tapi tak semua. Ada juga semakin hari semakin mundur. Harus kita lihat semula kehidupan kita yang lepas. Kehidupan kanak2 aku yang sentiasa struggle, sentiasa ceria, sentiasa simpati pada orang, sentiasa inginkan tempat pertama. Punyai cita2 dan bila aku semakin dewasa betapa sukar nya bagi aku hidup ini.  Kecewa, memendam rasa, menangis makanan tiap hari. Seronoknya zaman kanak2..

Tuesday, 2 May 2017

Bila kau ada kawan penyebok tahap dewa

Bila kau ada kawan yang memang busy body lepas tu tak boleh lebih dari dia be like:

Soalan 1:
Dia tanya, laki kau kerja dekat mana?

Soalan 2:
Laki kau jawatan apa?

Soalan 3:
Berapa gaji laki kau?

Soalan 4:
Berapa bulan2 laki kau bagi?

Soalan 5:
Kau boleh solat ke tak jumpa suami kau?
~kawan lelaki yang tanya~

Soalan 6:
Statement bukan soalan : Fuyo, dalam perut ada isi..sambil perli2.

Soalan 7:
OT ke? Hek eleh tak ada life la.

TAK PAYAH LAYAN..HIDUP DIA TERUK SEBENARNYA..SIBOK HAL ORANG PULA..

Thursday, 13 April 2017

The other home

Harapan saya, saya mahu duduk di rumah sendiri bersama orang yang saya sayang. Tapi, kalau tak sempat, saya ada another rumah sama ada syurga @ neraka. May Allah bless my family.

Saturday, 11 March 2017

Hi geng bersosial..

8 Mac lepas ialah Hari Wanita Sedunia. Terima kasih masih ada yang wish personally. As long as masih ada yang mengerti sukarnya kehidupan aku yang punya harapan besar. Kuatnya aku sebagai wanita.

Terima kasih anak ku shaukina yang kecil. Gelar aku aunty comel. Walaupun ramai ejek aku gemuk.

Thanks kawan, selalu perhatikan aku buat kerja tak ingat nak makan. And belikan makanan, bagi free & selalu tanya Atul dah makan?

Kadang2 aku terlepas pandang pada orang luar yang prihatin pada aku. Maaf kan aku geng. Aku lupa pada kamu. 






Monday, 6 March 2017

Aku wanita bekerja. Bukan pegawai, kerani aje. Walaupun gaji aku sikit, alhmdulilah cukup semuanya. Kalau ikotkan memang rasa nk quit kerja akibat stress, tak mampu tanggung kerja, fed up dengan bos yg bias dan macam2 lagi.

Tapi aku fikir balik future aku.  Musibah tu bila2 boleh jadi. Macam mana kalau tiba2 parents, suami, family aku tak ada. Tinggal aku sorang. On that time pula ade orang ambil kesempatan. Aku hidup alone kt dunia ni. How?

Dengan aku diberi ujian sukar dapat anak. Dengan ekonomi sekarang yang buat aku selalu nangis sebab risau tak cukup duit. Aku scroll2 FB, aku nampak gelandangan. Bila hari tua, aku macam tu ke?

Kita tak tau takdir esok kita.  Diuji susah dan senang. 

Tuesday, 28 February 2017

Pelangi itu indah, tapi nampak wajahnya suram..Bukan hati tak tabah tapi kadang perlukan sokongan kekuatan..Lama2 semakin jauh, lebih baik diam pendam kerana semakin diluah makin tak endah.

Setiap hari bisik dalam diri..Suruh kentalkan diri..Kalaupun pedih tetap juga teruskan hidup, hingga kadang2 bernanah tak ada orang akan peduli..Pilu tak ada orang yang tahu..Duka disebalik topeng badut.

Bukan meminta emas permata. Lagikan wang ringgit berjuta. Mahupun rumah banglo sebiji besar. Cukuplah seminit dua untuk ku merasa bahagianya dihargai manusia.

Tapi aku yakin senang memang bersama sama. Susah & pengorbanan sukar lagi hadir hari ini. Bila kesedihan tinggallah seorang. Mungkin sampai ajal beginilah rutin hari2 selalu mengharap pada yang tak pasti.

☔☔☔


Tuesday, 7 February 2017

Saturday, 4 February 2017

Aku dan dia - Part 3

Mr.A mula kerja sewaktu umur 23 tahun iaitu pada tahun 2013. Aku pula pada umur 24 tahun. Kami masih berhubung antara satu sama lain seperti biasa walaupun kami jarang bertemu. Aku di Johor Bahru, Mr.A pula tah ke mana-mana kerjanya, sekejap dihantar ke Johor, sekejap Pahang, sekejap Sarawak. Pada umur 25 tahun, aku rasa apakah maknanya cinta kami jika tidak menjadi kekasih halal.  Aku mula bicara tentang perkahwinan dan ini disambut baik oleh Mr.A. Dia mula mengumpul duit.  Maklumlah, melayu...hehehe..bab duit hantaran tu wajib katanya.  

Raya tahun 2015, bunda dan ayah Mr.A datang merisik.  Masa tu, malu sangat.  Kak Long aku plak asik cuit2 aku.  Dia yang excited sangat.  Masa tu, memang cuak laa perasaan ni.  Macam tak percaya pon ada.  Bila ayah panggil, Ain...keluar kejap ni haa ada orang nak jumpa..Aku keluar, gugup, malu, macam-macam perasaan.  Nak pengsan pon ada.  Kak Gee, mak cik Mr.A suh aku duduk sebelah dia dan dia pun sarungkan cincin risik. Malulah time tu, adudu nasib baik la sekali je seumur hidup.

Akhir bulan 10, tahun 2015 kami ditunangkan.  Time ni, aku dah tak cuak dah.  Aku make up sendiri je.  Pelamin, jiran aku yang tolong pasangkan. Keluar dari bilik, sarung cincin, terima barang hantaran dan semua berjalan lancar. Mr.A datang lambat, masa parents dan rombongan meminang da nak balik baru datang. Lepas tu buat muka tak malu, bergambar bersama atas pelamin mini.  Aku pun dah tak malu, peduli apa kan. Bukan selalu. 

19 Februari 2016, dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri Mr.A.  Sampai sekarang aku masih tak percaya aku ni bini orang sebab aku ni terlalu comel untuk menjadi mak orang nanti. Kahkahkah. Waktu nak nikah tu, Mr.A datang lambat.  Gabra aku dibuatnya.  Lepas tu dia cuak, muka dah macam apa then masa da habis akad nikah tu kadi cakap 'SAH'! Dia pula yang henjut tangan tok kadi. Mr.A, Mr.A..rilex la..chill..hahaha. Aku dalam bilik tak fokus sangat apa yang terjadi dekat luar, sebab aku teruja muka aku dah make up macam Ella Ratu Rock pula.  Hahaha.. 

20 Feb 2016, malas nak cerita la.  Bersanding atas pelamin. Bad mood sebab tak selesa sangat pakai baju pengantin. 

Kami honeymoon dekat Bandung, Indonesia. Best sangat, romantik sangat. Next honeymoon rasanya nak pergi Lombok la. 

Terima kasih Mr.A sebab sudi jadi suami kepada baby besar ni. Alhamdulilah, Ya Allah, Engkau beri kami nikmat dunia, kenangan terindah, rezeki yang mencukupi kepada kami Ya Allah. Walau kami PJJ saat ini, cinta ini akan sentiasa mekar dan setia menanti untuk hidup bersama seperti pasangan lain. Jika tembok cinta ini dilambung ombak badai, kita berdua adalah manusia yang harus berjanji untuk bertanggungjawab untuk bina tembok cinta ini. Warning saya, awak jangan nakal.

I love you Muhd Anis.

Your wife, 

#baby#aein#azatul#oranglidi#binimr.ketot#

Tuesday, 31 January 2017

Aku dan dia - Part 2

Aku, Mr.A dengan dua lagi kawan sekelas telah diselect oleh Cikgu Nizar untuk join quiz kesihatan. Sambil aku study dalam bilik tayangan, tiba-tiba pintu terkunci.  Rupanya Mr.A and the geng yang kunci. Mula-mula niat hati nak jerit 'Woi bukak la woi'. Tapi sebab nak control ayu punya pasal, aku senyum je. 

Semasa hari pertandingan pula, sepatutnya separuh masa je aku dah kena ganti orang untuk jawab soalan.  Aku mula lambai2 si Mr.A ni sebab nak suruh dia ganti tempat aku. Tapi Mr.A lak dok geleng2 kepala tanda tak setuju. Kalau pekena flying kiss, comfirm Mr.A datang kan.

Kami kemudiannya terpisah kerana berlainan sekolah menengah.  Aku di MRSM Pontian, Mr.A pula di Sek.Sains Kluang. Tapi semangat Mr.A ni kuat bagi aku. Dia ada kirimkan dedication card, selain tu ada juga surat, keychain dan gambar dia semasa trip ke Cameron Highland.  Masih ada lagi barang-barang tu aku simpan dalam drawer bilik no.2. Kawannya Hasif yang beri nombor telefon aku pada dia. So, dapatlah kami ber sms sampailah kami dapat panggilan sambung belajar di UiTM Jengka.  

Semata-mata nak belajar di tempat yang sama, Mr.A sanggup pilih UiTM Jengka untuk sambung diploma. Actually dia ada dapat Matrikulasi Melaka, aku pula dapat SPA Kuantan. Tapi, tuhan sebaik-baik perancang, kami ditakdirkan untuk bertemu di UiTM Jengka, Pahang.  Di situlah bibit-bibit cinta mula mekar.  

Di Jengka, kami study bersama, outing bersama, joging bersama, lepaking di Taman Tenet bersama.  Bila habis kelas, mata meliar mencari kelibat. Bila berjauhan, hati tak keruan.   Kalau nak exam, kami akan wish good luck, lagi romantik kalau terserempak dekat DSG, masing-masing senyum dan wish good luck. Aku rindu nak naik bas pergi Temerloh, pergi pasar Jengka, pergi B Mart cari Meggi. Paling jauh pon kami pergi Kuantan jela, tengok movie Handcock tapi masa tu masih segan silu.  Masa tu kami masih berkawan baik. Dialah bff aku.  

Dulu, aku fikir dia suka kat orang lain sebab nampak dia bergambar dengan sorang member perempuan dia time dinner. So, aku memang diamkan perasaan aku.  Sampai satu hari tu, Mr.A pergi Taman Negara. Aku menangis.  Maybe dia rasa berjauhan dengan aku, dia sms bagitahu yang dia suka kat aku. Tak tahu nak respon apa, aku malu sendiri. 11 November 2010, Mr.A nak aku jadi mak we dia. Time tu aku dah semester 4  kalau tak silap. Tapi, aku cakap kalau ada yang lebih baik dari aku/dia, kami harus pilih yang lebih baik.  

Pengalaman paling manis aku dan dia ialah masa naik train dari Kluang ke Jerantut, Jerantut ke Kluang. Dari Jerantut ke Jengka kami ambil teksi atau ulat teksi.  Bahagianya tuhan yang tahu. Cuti semester kami tak seronok sebab kami jarang jumpa walaupun kami ni satu taman, nama diberi Taman Seri Lalang, Kluang. Malam paling mendebarkan bukanlah malam pertama tapi malam semasa nak kena cek pointer dekat website UiTM. (Waktu cek result pukul 12:00 malam tu) Hahaha..time tu aku akan cek kan untuk Mr.A sekali.  

Sebab terlalu banyak kenangan tu, sambil menaip ni pon aku tersenyum2 sebab rindu sangat zaman diploma dekat UiTM. Memang menusuk hati bila teringat balik tempat-tempat macam KFC Jengka, Stesen bas Jengka, Rumah Nenek Rock. Kalau nak cerita details pasal Jengka memang tak cukup masa lah. 

Aku jatuh pada mulanya, bila aku berada di Jengka, aku membawa banyak harapan seiring dengan seribu kenangan. One day, kita pergi Jengka ye awak. Mesti Owsem!  

To be continue.. Part 3




   




 

Aku dan dia - Part 1

Disebabkan ada orang tu request supaya aku ceritakan macam mana aku kenal Mr.A sehingga boleh ke jinjang pelamin, jadi aku coretkan kisah aku yang memang tak berapa best ni dalam blog.  Actually coretan ini memang tulus dari memory dan hati.  Almaklumla kita ni nanti dah tua mesti dah lupa, then ada anak ada cucu kot-kot mereka boleh ambil iktibar.   

Bermulalah kisahnya begini...

Bangun semua.. Assalamualaikum ustazah..Murid-murid darjah 4 Perkasa memberikan salam kepada Ustazah Junaidah. Waalaikumsalam, ok semua boleh duduk. Hari ni kelas ni ada pelajar baru kan? Walaupun Ustazah Junaidah bukanlah guru kelas kami, tapi beliau mungkin tertarik untuk berperanan untuk mengenalkan pelajar baru tersebut. (Huhu..kenapa ayat aku macam cerpen dah ni?) 

Ok, pelajar baru mari ke depan perkenalkan diri.  Budaknya kemas, putih, sedikit ketot dan nampak nervous.  Berdiri tegak bersebelahan Ustazah Junaidah dia memperkenalkan diri.. Emm nama saya, Muhd Anis bin Ahmad. Tetiba satu kelas gelak (kecuali aku la rasenye,,rasenye la)..Hahahaha..Nama perempuan.. hahaha.. nama perempuan..Ejek budak-budak kelas..Cis, siapa gelakkan suami aku dulu! Ustazah pun mencelah..Syuuhhhh, senyap semua. Kamu semua tau tak maksud Muhd Anis? Muhammad terpuji, Anis (yang mesra, teman setia, ramah dalam pergaulan -->yang ni aku google sebab tak ingat Ustazah cakap apa)

Dalam hati aku, untung kau Anis sebab baik je Ustazah kenalkan dalam kelas.  Siap backup.. Aku dulu, hari kedua masuk kelas 3 Perkasa kena diri atas kerusi sebab tak bawa slip gaji penjaga. Lepas tu ingat lagi Cikgu B****h tanya aku kampung kat mana? Aku cakap kt Sri Medan.  Dia cakap, mak aih Medan tu Indonesia.  Kelas, mari ejek dia..Kampung pun awak tak tahu kat mana? 'Siapa nama? Umur berapa? Kamu bisukah?' Cikgu B****h mengajar satu kelas mengejek aku.  Sabar sajalah, kalau melawan pun aku kalah juga.

Masa darjah 4, kedudukan meja yang aku ingatlah, berenam.  Mr.A ni memang satu grouplah dengan aku sekali dengan Adibah, Akmal dan yang lain mak dah tak ingat. Darjah 5 Arif, kelas kami di balairaya. Kedudukan memang lagi tak ingatlah.  Yang aku ingat Mr.A ni ketua darjah.  Mr.A ni antara musuh akademik la sebab dia suka potong nombor aku. Frust sangat time darjah 5 sebab tak pernah2 aku dapat no.4 dalam kelas. Apalah aku nak jawab dengan mak nanti.  Akibat dari tak dapat no.1,2,3 mak tak bagi join perkhemahan dekat Institut Haiwan sempena aktiviti akhir tahun.  So, aku dapat merampas balik kedudukan no.1 dalam kelas masa akhir tahun. 

Darjah 6 Arif, kami ditempatkan dekat bangunan baru, aku duduk baris belakang sama dengan Mr.A ni sebab kami pengawas. (Saya penolong pegawas, muka budjet cun) . Kalau tak memang dah duduk sebelah Mr.A tapi tah kenapa tah Mr.A ni macam tak suka ke apa, dia tak nak duduk sebelah aku. Sobs. So, antara aku dengan dia ni ada la mamat pengawas yang lain.  Memang excited la duduk bangunan baru sebab bau baru kan, lepas tu siap ada makmal komputer.  Untung2 dapat main game.  Selain tu, ada makmal sains jugak.  On that time kami darjah 6 ade subjek PEKA.  Aku satu group gan si Mr.A ni.  Group Neptune.

First time aku nampak sel otak Mr.A berhubung adalah time dia letak air banyak-banyak dekat roti.  Masa tu ada experiment penghasilan kulat. So, kulat group Neptune paling banyak la sebab lembab.  Time tu jela nampak sel otak dia berhubung, hari yang lainnya sel otak rosak la sebab dia suka menyakat aku. Aku tak kesah orang sakat aku sebab aku tau biasa lah dia orang budak-budak. Padahal aku pon budak !! Aku dulu memang orang suka sakat.  Ada yang panggil aku plaza tol lah, jamban lah, sakit taun la, gajah hitam lah.  Aku pon tak faham la nasib zaman kecik-kecik aku. 

Ok, sekarang nak cerita pasal transport ke sekolah. Nak disedapkan cerita jodoh aku ni, aku dengan Mr.A ni sebenarnya naik transport yang sama iaitu van Pak Cik Mat Noh. Dia selalunya duduk depan, mungkin sebab dia kecik.  So, memang kita orang ni tak pernah communicate la semasa dalam van. Lagipun Mr.A selalu mengelat.  Semua pengawas jaga gate sebelum balik sekolah tapi dia macam The Flash, tup-tup dah balik. Aku jadi mangsa second trip.  Kalau awak tahu saya isteri awak, mesti awak dah tunggu dan tak tinggalkan saya kan semasa balik sekolah rendah. (Cia cia cia)

To be continue.. Part 2





Saturday, 14 January 2017

Kau tak tau ketakutan seorang wanita..bila berseorangan..pabila kau menjauh dan tak pernah cuba untuk ambil tahu apa yang terjadi pada diri nya..Apabila yang lain mengambil kesempatan atasnya..kau lebih lena dengan buaian smartfon dan sahabat2...

Saya menangis dalam hati, hati saya banjir

Hari ni rasa nak menangis nak meronta2 terjun dalam laut rasanye..Bisik dalam hati, jangan menangis..menangis juga lastly tapi dalam hati..Sejak2 ni kuat menangis dalam hati si wanita terlajak comel ni..Kataku dengan bangga diri..hikss😢

Monday, 9 January 2017

Rindu

Bila bercuti hujung minggu balik ke kampung, aku pasang niat..Balik ni aku nak bahagia kan semua orang yang ada..Misi aku berjaya buat mak tak membebel..Sebelum mak suruh, cepat2 aku buat sebab tak nak mak marah2..Aku ringankan tulang..Aku bersihkan habuk, sawang supaya pengudaraan baik untuk mak yang semput..

Kalau dengan ayah pula, aku makin manja..Jarang aku bonceng motor ayah..Balik kali ni aku teringin nak rasa zaman kecik aku..Terasa macam masih dibawah jagaan ayah..Sebab ayah bawa motor cool, damai & rasa selamat..

T.kasih mak ayah..Tak pernah hampakan anak..Walaupun anak mak ayah ni degil..

Hati bahagia untuk orang tua..Rindu zaman anak dara..

Sunday, 1 January 2017

Azam berazam sangat

2017: Make sure kau move on dan cari kebahagiaan dunia akhirat.  Maybe kau ada orang yang kau sayang tapi kau rasa orang tu tak pernah faham kau.  Dia anggap apa yang kau luah semua semata-mata untuk tagih simpati.  Yes, kau kat luar bukan yang jenis sentap.  Orang marah kau, orang maki kau, kau diam je.  Tapi bila dengan dia kau selalu buat perangai sentap kau, kau emosi.  Kau macam tu sebab nak perhatian kan? Nak jadikan dia lebih dari orang lain, hanya nak orang paling rapat simpati terhadap kau?  

And now, masih belum terlambat.  Dia tak suka kau buat luahan tah apa-apa kau tu.  Sekarang, wake up.  Buka mata kau besar-besar yang dia bukan yang terbaik untuk dengar apa yang kau mengarutkan.  Azam baru kau, cari kebahagiaan sendiri.  Jangan lagi kau susahkan orang.  Berubah dari jadi diri sendiri sebab diri sendiri kau tu terlalu manja.  Jadi diri orang lain.  InsyaAllah. 


#Jadiagentpunyahal# 
#Tahunakuntungsaja# 
#Takfikirperasaanorang# 
#Semogaberjaya#