Saturday, 17 December 2016

Dikatanya cinta. Tapi pengorbanannya tiada.  Adilkah dia.

Monday, 5 December 2016

Kecewa

Jangan menangis..Tatkala kau rasa diri keseorangan, jangan berduka..Tatkala kau rasa kau sering ditinggal saat kau memerlukan, jangan kau memikirkan..Jika ada sesorang yang hanya kepadamu untuk kesenangan, terimalah dengan tangan terbuka..Namun jika dia pergi ketika kau kesedihan, terima dengan hati yang reda..Melalui mata kau memerhati, melalui hati kau merasa..Sabar wahai hati, janji tuhan itu pasti..

Aku banyak belajar, jangan susahkan orang lagi..buatlah sendiri kerana aku dididik belajar berdikari..Zaman kini tak perlu lagi ketagih simpati kerana tiada lagi manusia sejati..

Wednesday, 23 November 2016

....

Hinakah aku berkahwin dan berjauhan dari suami.  Derhakakah aku mencari rezeki dalam ekonomi yang semakin zalim ini.  Kenapa dikeji orang seperti aku.  Aku tak pernah mengeluh dengan kamu wahai manusia?

Kau lihat aku sendiri.  Bangun berdiri sendiri.  Jatuh tersungkur sendiri.  Aku kau gelakkan kerana berbeza kehidupan.  Hidupku susah hidupmu mudah.  Aku menyusahkanmu kah hamba Allah?


Wednesday, 16 November 2016

Duniawi ini

Sekali wanita jatuh cinta,
Tetap tersemat dalam jiwa,
Walau bertahun hilangnya,
Hati tak keruan penantian yang panjang.

Di jiwa hanya dia,
Di mata hati tetaplah dia,
Kata sayang tak diungkup,
Pandangan sepi seorang insan.

Kecantikan tetap jua dipandang,
Tidak mengerti erti kasihan,
Bagai anak tiri yang meminta,
Akhirnya diam seribu bahasa.

Memori lama dipadam,
Menunggu sinar baru yang datang,
Hanya iman dalam dada,
Sampah jiwa dihanyut gelora.

Damailah hati ku yang sepi, 
Mengharap pada yang tak sudi,
Kuatkan semangat, angkuh dan berani,
Jalani hidup, lupakan segala duniawi,

AJ





Tuesday, 8 November 2016

Distance doesn't separate people.. Silence does..

Monday, 7 November 2016

Aku, Dia dan Lagu



Aku mempunyai seorang adik yang sangat comel bernama Aina Natassya.  Kulitnya putih gebu dan rambutnya halus.  Matanya bundar manakala bentuk mukanya bujur.  Jarak umur kami sepuluh tahun.  Aina merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik dan sangat manja dengan emak.   Kami menggelarnya  dengan panggilan ‘adik’.  Orang yang sangat adik sayangi ialah emak.  Adik selalu memuji masakan emak terutamanya mee hailam.  Katanya, masakan emaklah yang paling sedap di dunia ini sehinggakan dia meminta emak untuk menyertai program Master Chef Malaysia di Astro Ria.  Baginya, emaklah insan yang sentiasa ada masa untuknya, yang selalu memberi semangat kepadanya tatkala hatinya dihimpit kesedihan.  Adik juga sangat sayang pada ayah kerana ayah sanggup berkorban mencari rezeki dengan berjaga malam menjadi security guard.  Kadang kala adik akan memanggil emak dengan panggilan ibu, umi, mama dan lain-lain lagi untuk mengambil perhatian emak.  Hanya emak sahaja yang mengerti hatinya itu. 

Pada bulan Oktober 2012 adik mengalami demam yang sangat teruk.  Habis badannya dipenuhi dengan ruam-ruam kecil dan perutnya membengkak.  Adik dihantar ke Hospital Kluang untuk rawatan lanjut. Adik disahkan mengalami kekurangan darah dan bengkak hati.  Adik kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.  Di sana, adik terpaksa menjalani pembedahan untuk pengambilan air tulang sum-sum bagi mengesahkan penyakit adik yang sebenar.  Selain berusaha dengan cara perubatan moden, kami juga mencari inisiatif perubatan tradisional.  Tetapi kami hampa kerana masih tiada perubahan positif terhadap diri adik.  Doktor di HSA pula tidak dapat mengenal pasti penyakit adik, membuatkan kami berasa lebih risau.

Adik kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru  di bahagian wad kanak-kanak. Di sana, doktor pakar kanak-kanak mengesahkan adik menghidap kanser nodus limpa atau Lymphoma cancer tahap empat.  Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan kami sekeluarga.  Hati siapa yang tak sedih mendengar khabar berita yang buruk.  Hampir setiap hari emak menangis mengenangkan nasib adik.  Namun, emak kuatkan hati.  Sepanjang di hospital, emaklah yang menjaga adik dengan penuh kasih sayang.  Setelah berbincang dengan doktor, kami bersetuju untuk memberi kebenaran kepada doktor untuk melakukan rawatan kimoterapi terhadap adik.  Adik menjalani rawatan kimo sebanyak enam kali.   Alhamdulillah, adik semakin sihat walaupun rambutnya  gugur, kuku adik rosak dan saraf kaki berfungsi dengan kurang baik. 

Oleh kerana sel kanser sudah dapat dimatikan, doktor membenarkan adik untuk bersekolah.  Di sekolah, adik sangat popular kerana hanya adik seorang sahaja yang memakai topeng penutup hidung.  Katanya lagi, pelajar senior sangat mengambil berat kepadanya kerana terpesona dengan kecomelannya itu.  Mereka tidak menyangka disebalik topeng itu tersembunyi wajah comel yang tenang. Semakin hari adik semakin sihat dan ceria.   Rambutnya mula tumbuh dan kulitnya halus seperti bayi yang baru dilahirkan. 

Tanggal 2 Oktober 2013, genap umur adik 13 tahun.  Malang tak berbau, pada hari kelahirannya adik diserang demam yang teruk.  Adik terpaksa dibawa ke HSI pada keesokan harinya untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.  Jelas doktor, sel kanser adik sangat aktif.  Adik terpaksa menjalani rawatan kemoterapi semula untuk mematikan sel jahat tersebut. Akibat dari kimoterapi tersebut, adik semakin kurus dan kurang selera makan.   Semakin hari adik semakin tidak bermaya sehingga pada suatu hari, adik kelihatan terlalu lemah.  Emak dan kak long terpaksa menghantar adik ke hospital dan dimasukkan ke wad ICU.   Tanpa membuang masa, aku, ayah dan adik-beradik yang lain bergegas ke hospital untuk melihat keadaan adik.  Aku melihat adik tercungap-cungap.  Matanya bergenang air dan memandang aku sayu.  Aku sedih melihat keadaan adik.  Jumaat 15 November 2013, tepat jam 6:33 petang, adik menghembuskan nafasnya yang terakhir.  Emak hampir pengsan, kaki kami menggeletar melihat sekujur tubuh kaku itu milik adik kami.  

Aina Natassya satu nama yang tak mungkin pudar dalam memori hidup kami.  Tubuhnya kecil namun cita-citanya besar.  Buat emak dan ayah, aku berharap agar emak dan ayah redha dengan pemergian adik.  Adik, kakak Ain minta maaf kerana tak menjadi kakak yang sempurna buat adik.  Sesungguhnya Allah lebih menyayangi adik lebih dari kami.  Semoga tenang di sana dan kenangan bersamamu tak akan kami lupa hingga akhir hayat kami.  Al-fatihah buat Arwahyarhamah Aina Natassya bt. Jamaluddin.

Wednesday, 2 November 2016

Coklat baru okey..=)










Thanks abang.  Thanks sebab tahan dengan perangai isteri yang degil ni.  Btw, million thanks for surprise gift..I love you so much..You made my day.. Smiling =)

Sunday, 23 October 2016

"Someday you will be faced with the reality of loss.  And as life goes on, days rolling into nights, it will become clear that you never really stop missing someone special who's gone, you just learn to live around the gaping hole of their absence.  When you lose someone you can't imagine living without, your heart breaks wide open, and the bad news is you never completely get over the loss.  You will never forget them.  However, in a backwards way, this is also the good news.  They will live on in the warmth of your broken heart that doesn't full heal back up, and you will continue to grow and experience life, even with your wound. It's like badly breaking an ankle that never heals perfectly, and that still hurts when you dance, but your dance anyway with a slight limp, and this limp just adds to the depth of your performance and the authenticity of your character.  The people you lose remain a part of you.  Remember them and always cherish the good moments spent with them."   (Angelina Jolie)

Wednesday, 19 October 2016

Hidup sekali, mati pun sekali,  
Buat baik berkali-kali buat jahat jangan sekali,  
Apalah erti hidup jika hati penuh hasad dengki, 
 Apalah ada pada ego jika ianya membunuh diri. 

Kasih sayang telahpun disemai rapi,
Yang telah hilang jarang sekali aku ratapi,
Langkah kakiku tetap digagahi,
Menempuhi hidup walau sendiri.

Bahagia diwajahku namun tidak dihati,
Walau banyak kehendak tidak ditepati,
Siapalah aku untuk menabur janji,
Janji yang lama menjadi abu yang abadi.

Harapan aku taruhkan pada yang sudi,
Menjadi peneman hati duka lara ini,
Terima kasih pada ingatan setiap hari,
Mohon berterusan hingga akhir nanti.



Tuesday, 11 October 2016

Hm..

One day, MR.M asked me to send her daughter back to school.  And MRS.M said, 'its ok' just stay home until they come back.  MR.A said, lets back to mom house now.  Please, I'm not robot or monster who can separate my body to 3 parts.


 Saya juga bukan kuli anda. Hmm.

Wednesday, 5 October 2016

Sendiri

Mulai sekarang, jadilah diri sendiri. Bergeraklah dengan sendiri tanpa bantuan yang lain. Buatlah sendiri dengan hati terbuka tanpa mengharap balasan daripada orang lain. Lakukan dengan sendiri dan berjayalah dengan sendiri.  Berjayalah sendiri dan makanlah sendiri hasil kekayaan tersebut.  Agihkan kepada yang memerlukan dan yang benar-benar pernah support kita ketika kita 'SENDIRI'.

Kadang-kadang kita perlu peneman untuk luahkan perasaan.

Kadang-kadang kita perlu kawan untuk menuju destinasi.

Tapi kita lupa yang kita dah ada Tuhan yang sentiasa ada untuk kita.

InsyaAllah, rezeki di mana-mana, hanya perlu kuat dan ingat Tuhan sentiasa available untuk kita.

Peace, alone, not a big problem. 

Tuesday, 6 September 2016

Kehidupan

Catatan perjalanan tahunan aku mulakan dengan tahun 2013.  Tahun itu, bermulanya kehidupan yang bagi aku sangat perit perlu aku lalui.


2016 - 19 Februari semestinya anugerah terbesar tuhan bagi ialah anugerah perkahwinan

2015 - 30 Oktober memori pertunangan

2014 - 16 Januari aku mula bekerja 

2013 - Beli kereta Viva pada Mac. Aku graduate pada 14 November dan adik Aina                         meninggal dunia 15 November

Teka-teki 2017, awal tahun harapnya aku ada bisnes sendiri dan ada rumah sendiri.  Akhir tahun dapat kawan baru (baby).  InsyaAllah.  Aku hanya merancang tuhan yang menentukan.  Semoga dipanjangkan umur untuk mencapai impian ini. Amiiin.


Saturday, 3 September 2016

Hujan dalam tiada henti..

Bila luka luka menjadi parah luka menjadi nanah.  Diam seribu bahasa, gerak geri menjadi tanda.  Ku ungkap tiada, tak ku berkata tiada. Tinggal doa agar kau bahagia.  Selamat malam.  ☔

Monday, 29 August 2016

Aku geram.

Apalah erti hidup jika kita membanding-bandingkan diri kita dengan yang lain.  Aku tak sempurna kau pun sama.  Kita tak ada beza yang membezakan kita nanti bukan di dunia tapi di akhirat sana. Tingkat mana amalan kau dan amalan aku yang patut kau fikirkan. Kenapa mesti sibuk bertanya hal harta orang, perihal orang.  Untuk membandingkan siapa paling berharta, sudah tentu kau kerana kau dah tua bekerja.  Siapa paling lawa, sudah tentu anak dara.  Kenapa perlu membabitkan aku, yang bukannya popular, aku yang bukannya menonjol, tergedik sana sini untuk curi perhatian.  Aku hidup cara aku secara normal, aku cantik bukan untuk kau, aku kaya bukan untuk kau dan aku hidup bukan untuk kau.  So, what the point to know all about me? Judging and comparing my life with you?  

Tuesday, 23 August 2016

May someone come and wipe all my tears..
Thanks friend..

Sunday, 21 August 2016

Am I Normal?


People keep saying and keep comparing.  Stressful life begin and I just go with the flow.

Its sensitive when people talk about money
I still can consider when people asked about my husband occupation. But am I normal if I felt uncomfortable with several questions?  Example, Atul, how much your husband salary?  Atul how much money your husband gives to you every month? For me, that questions too personal and they don't have right to know about my life.  I don't care how much he can give me as long as I can smile and feel happy. (Feeling : Very angry)

Feel sad when people talk about child
Am I normal if I feel sad when people keep asking me when I can have baby? Child is a present from Allah to His servant.  Keep patient, I will struggle.  (Feeling : Sad but I don't blame people who ask about it because I know they also hope as what I hope)

When people start misinterpret
Misinterpret.  When I greet, 'Baru nak makan ye?' to my colleague, means I just want to say HI to them.  No bad intention. And when that people answered with cynical word, 'Eh, no lah tengah melukis ni.'  Huuu, Am I normal if I feel disappointed with that answer.

Every people have different perception.  
Aein move on lah. Hati kena kental.


Wednesday, 17 August 2016

T.kasih

Mak ayah..Walaupon aku ni da keje..masih tanye cukup tak duit?

Mak ayah walaupon aku duduk jauh..mesti tanya da mandi belum?

Mak ayah walaupon aku dah ade laki still tanya makan tak hari ni?

Dia orang tanya sebab dia tau anak dia ni sembunyi2 kalau x ade duit.

Dia orang tanya sebab tau anak dia ni febret tak mndi lps keje sb malas.

Dia jugak tau segalanya hanya melihat cara orang lain menjaga amanah.

Terima kasih keluarga..Syg mak.ayah.kakak.adik. 😊

Tuesday, 9 August 2016

Tanya sama pokok

Tanya sama hati apa sebab goyang,
Nanti jawab hati kurangnya sayang,

Tanya sama jiwa apa sebab kacau,
Nanti jawab jiwa hidup tak tenang,

Kalau ingin senang,
Jangan fikir orang,
Buat hal sesorang,
Asal perut kenyang,
OoLalalala...
Lantaklah engkau..


Sunday, 26 June 2016

Life full with challenge

As we battle our life, always remember life is challenge, not a competition.

You know, I'm always got no.1 when I was young and I'm not compete to each other because I know its nothing to me.  I do it for my parents as I know they will be proud to me and they not wasting their time growing me up.  But, as I said life is not a competition. I grew and started finding a job. I'm not compete to be as a doctor, also not engineer, not as teacher. I'm clerk. Yes, clerk doing typing tasks, handling a meeting and so on. 

About my feeling, only God knows.  What can I do now is being grateful to Allah. He gaves me a happy family, good husband and enough 'rezeki'.  I don't have many friends, maybe because i'm too serious, or maybe I'm not pretty at all.  I just focus on my own life until one day, I asked myself about what people expectation towards me.

When people laugh at you.   
When people compare you with others.
When people said anything bad about you.
When people be like huh!  *+##:"((% to you.

I faced the same way too and I hope I can challenge this life.  What I need is tight support from my family.  Because I don't have anybody besides my family. 

Please keep me till Jannah. 


Salam 21 Ramadhan 1437H.

Tuesday, 31 May 2016

Thanks God

Big dream and big hope.

When my friend asked me,'Why ya, when people out there like us, we don't like them and when we love someone who we think really special to us, but they don't.' 

I said, 'When we were young we fight for no.1 for examination, then we go for work and struggle to settle down all the tasks as we can and now when we realize we have to have partner, we busy finding the best partner for our life.'  

We will never satisfied with our life that have been planned by God.  Even though, all the time we study hard, we work so much, we will never ALWAYS be at top.  Same to how we choose our life partner. Maybe they not truly love us, but we lastly get them, means one from two person's dream is achieved. 

At least one of big dream achieved.  Not only us born in this world to get the dream become real.  All people have dreams and hope to have better life now and future. My advice is just be simple and grateful with what you have.

I'm not good motivator, I'm just imperfect women who just keeping all the scar inside.  I really grateful to Allah because He give me a chance to have a dream.  

It's me.

Sunday, 22 May 2016

Ayat

"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian (lebih kuat) mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)

"Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman.  Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya." (Hadith riwayat Muslim)

Rasulullah swt bersabda,
"Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsana di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya.  Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah paling besar fitnahnya. Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan itu dan ini, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor : Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya.  Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata : Engkau tentera terbaik."

Sunday, 15 May 2016

Semangat3..

Fokus 1:
Solat on time.  Haa.. Yang ni kene betul-betul fokus ni.  Umur da tua, kubur da panggil. Yang sunat malas nak buat, yang wajib belum tentu diterima. Pasni solat wajib kene on time, solat hajat & tahajud perlu buat seminggu sekali pon boleh untuk belajar slow2, solat duha kene tiap hari ok.

Fokus 2:
Ok, sekarang ni tengah bertungkus lumus nak kuruskan badan ni. So, perut kene ikat & balik opis kene la rajin2 zumba. Dah tak nak kene ejek lagi gan hubby. =(

Fokus 3: 
Nak jadi rajin masak, lipat baju, basuh baju. Sambil2 tu rajin2 jugak berzikir. Please la aein berubah, dah suntuk dah ni. Hmm.


Itu je setakat ni.  Slow2 berubah insyaAllah Allah tolong. Chaiyok aein. Self-motivation.

Al-Fatiha

Surah Al-Fatiha
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful (1) 
Praise be to Allah, Lord of the Worlds, (2) The Beneficent, the Merciful. (3) Owner of the Day of Judgment, (4) Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. (5) Show us the straight path, (6) The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7)

Saturday, 14 May 2016

Tears

How to have better life.  Just proceed. 

Sick. Fever. Poor. Sad. 

Just proceed and live the life.

Just love the life I live.

Broken.

Monday, 25 April 2016

Again about feeling

Hey ya bad emotional feeling, come on fight with me. 
I always smile even I know you (feeling) is really bad to me.
I never lose even you (feeling) is hard to understand.
Can't you just give up from disturbing me? I always win, so why wasting your energy.

Do you know?
When I recite the quran and perform the pray.  I got the answer.
The weapon to kill you bad feeling is a peace. 
Peace heart from a peace person.
Peace person can get from a kind heart. 

So, feeling how you feel?




Saturday, 9 April 2016

Moh ke Bandung

Aha, meh sini akak nak cerita pasal trip honeymoon di Bandung, Jawa Barat. Lepas majlis perkahwinan pada 19-20 Feb 2016, kami suami isteri decide nak ke Bandung. Kira ini pon last minute punya decision coz before ni plan nak ke Krabi, Thailand.  Tapi bila hubby tengok tiket ke Bandung not bad harganya, dipendekkan cerita kami pon fly la pada 23 Feb. 

23 Februari 2016:-
Sampai2 je kami trus tukar sim & pak supir nama dia Iman dah tunggu kami untuk terus cek in di Hotel Grand Serela. Hotel ni not bad, pihak pengurusan free upgrade sebab tau kami tgh honeymoon. Thanks3. Dalam pukul 2 ptg kami terus cari tempat makan (Restoran Sederhana) utk merasa masakan nasi padang. Paling umph, petai goreng rangup dia, hehe..Hbis makan kami ke Rumah Mode, kat situ macam2 brg branded boleh kita beli dengan harga murah. Kami save money sebab esok nk shopping sakan katanya.

24 Februari 2016:-
Hubby hire sorang pak supir (nama tak ingat) untuk bawa kami jalan2. Tempat first kami pergi ialah Tangkuban Perahu. Gunung berapi yang besar bagi aku tapi rasa tak berapa selesa sebab ramai penjual paksa2 kami beli ole2 dari mereka. Kemudian kami ke Sari Alter Hot Spring & Resort. Emm, di sini nyaman kok..tapi sayang, hujan deh. Kami makan mknn jawa di restoran (x igt nama). Sedap sangat sampai senak perut ni. Lepas tu kami ke Pasar Baru utk borong ole2 nk bagi family. Bukan main besar Pasar Baru ni sampai sakit kaki ni melecet. Tangan dah penuh dengan ole2, pak supir bawa kami ke outlet factory, kami tak beli ape2 sebab dah borong kaw2 tadi kat Pasar Baru. 

25 Februari 2016:-
Okey dah nak balik Malaysia. Bye Bandung..
Btw, thanks en.suami uruskan semuanya & belanja g Bandung. Pasni bole bawa lagi..=)

Actually lama dah nk update pasal trip ni tapi tak sempat & terus terlupa. Harap memory ni menjadi kenangan terindah. Alhamdulilah.

Friday, 1 April 2016

Kerja

Sejak-sejak ni aku rasa tawar hati untuk bekerja. Aku merupakan kakitangan kerajaan kontrak. Dengan gaji yang tidak seberapa aku perlu mengendali projek jabatan tanpa apa-apa training dan tanpa pembantu untuk melaksana.  Aku belajar untuk tabah, belajar untuk sabar sehingga satu tahap aku fed up apabila apa yang aku buat tiada garis panduan.  Bos aku kata aku ni lembab, tak agresif, tak pandai.  Memang betul, tapi apa usaha jabatan untuk meningkatkan prestasi aku.  Aku bergerak sendiri, ke sana ke sini ke jabatan lain untuk menuntut ilmu secara tidak formal.  Aku rasa penat apabila apa yang aku buat tak pernah dihargai.  

Bukan aku nak merungut.  Aku cuma rasa terbeban apabila aku mendapat tugasan, aku tak tahu nak buat apa.  Tak ada senior yang boleh ajar aku apa yang perlu aku buat. Bukan aku tak usaha.  Dengan taraf aku yang rendah ini, banyak kali aku dimaki pegawai dari jabatan lain bila aku mohon untuk menjelaskan sesuatu kerja.  

Lagi satu yang tak bestnya, kerja kerajaan ni sepatutnya mementingkan kualiti & kuantiti sebagai garis ukur tapi di sini, ukuran dikira melalui siapa cantik.  Siapa cantik tak kene marah, siapa cantik tak payah buat kerja susah-susah.  Cukup pandai melayan dan cukup pandai menitiskan air mata jika kene marah.  Aku perempuan, aku punya perasaan juga. Memang aku tak pernah nak menangis apabila ditegur dimaki, tapi memang adat bekerja kita kene terima teguran.  

Harap sangat one day aku ada kerja sendiri.  Run business sendiri supaya susah senang aku yang rasa sendiri.  Aku harap supaya orang-orang atasan berubahlah, jangan asik dok nasihat suh kita jadi professional jadi reda dengan kerja yang bukan taraf kita ni. Sebelum nasihat, mohon buat dahulu. 

Maaf jika terkasar bahasa.  Rasa penat dengan kerenah semua.  Ya Allah, tabahkan aku tempuh semua dugaan. Hmm..

Yg benar,

Si kaki bosan =(

Wednesday, 23 March 2016

Laporan semasa hati girang nak jumpa parents.

Sebulan kahwin.
Semakin cinta semakin sayang. XoXo.kah2

Selalu plak aku share resepi kt FB. Actual life , cuaca malas melanda.

Kerja opiss berlambak kene siapkan urgent sebelum aku cuti panjang. Malas mak nak pikir sal keje.

Rindu mak ayah. Esok nak balik hometown harapnya berjalan lancar.

Doa supaya jadi hamba yang solehah. Allah tahu segalanya.

Rasa rindu nak dengar ceramah agama. Hati kian hitam. Rasa jauh dengan Tuhan.

Sekian, saya Karamsighdiwale a/p Janam2 melaporkan.

I miss you..- repost

Dear my cute husband,

Thanks for accept me as your life partner.
Thanks for being great husband and my best friend.
I love you.  

Your lovely wife,

Fefeeling - copy..kiukihkih

5 days left.  Fefeeling nervous, excited, blessing.  Soon, to be a wife to a husband. 

Realiti - Copy balik sebab dah cool

Bismillah..

Jumaat, 7 Ogos 2015 bersamaan 22 Syawal 1436 - Terima kedatangan tetamu merisik.  

Jumaat, 30 Oktober 2015 bersamaan 17 Muharam 1437 - Terima rombongan meminang dari pihak lelaki.

Jumaat, Sabtu 20-21 November 2015 bersamaan 8-9 Safar 1437 - Pergi kursus kahwin dengan En.Sado yang tak berapa nak sado juga bersama kakak along.  20hb ini juga aku dapat temuduga (final) dari FAMA tapi aku tolak. Istikarah menentukan.

dan insyaAllah..

Jumaat, 19 Februari 2016 bersamaan 10 Jumadil Awal 1437 - Bernikah dengan pilihan hati.

Sabtu, 20 Februari 2016 bersamaan 11 Jumadil Awal 1437 - Naik pelamin sama-sama.

Aku tulis di blog aku supaya menjadi kenangan dan memori terindah dalam hidup aku. Thank you Allah. Aku redha. Agak-agak my future husband ni pucat tak time nikah nanti =P

K.bai.