Post kali ini aku taip dengan penuh perasaan yang tak pasti. Tak pandai nak bermadah, tapi cukup sekadar untuk meleraikan perasaan sedih ini. Umur sekarang, 23. Musim panas kawan-kawan bekerja, bertunang dan berkahwin. Tapi perjalanan aku masih jauh lagi. Mungkin dalam 3 atau 4 tahun lagi, baru aku dapat semua yang setiap perempuan impikan. Sedih, kerana diumur yang sebegini aku masih tak berbuat apa-apa. Aku rasa rugi. Pada umur ini, aku kehilangan orang yang sangat aku percaya. Pada umur ini juga aku terlepas orang yang aku suka. Alahai, jiwangnya aku. Pada umur ini, pengalaman mematangkan aku. Jika aku tidak dipertemukan jodoh di dunia ini, semoga di akhirat ada yang menunggu aku dengan setia. InssyaAllah. Amin ya Allah. Alhamdullillah ya Allah, Kau tak menjadikan aku seorang yang terlena dengan kata manis dan pujian manusia. Alhamdulillah ya Allah kerana ujian di dunia ini. Lindungilah diri ini dari sebarang fitnah dan hasad dengki. Amin..

