Thursday, 16 January 2014

Sayang kamu.

Mengikut kehendak hati, mati.  Mengikut kehendak iman, tenang.  Aku masih tertanya itu dan ini tentang kehidupan.  Kenapa orang itu berbuat begitu? Mengapa mereka berperangai begini?  Macam-macam yang aku fikirkan sehingga aku sendiri pening dengan persoalan-persoalan.  Aku tak bagus, aku tak alim.  Aku cuma seorang manusia yang biasa.  Solat cukup, tapi tak khusyuk.  Baca al-quran, tapi masih tak fasih.  Ya Allah, Kau lindungilah keluargaku dari segala kejahatan, janganlah Kau berikan ujian yang tak mampu untuk kami menanggungnya, cukuplah Kau mengambil orang paling kami sayang, janganlah Kau uji lagi hati ibu bapa, kakak-kakakku. Tenangkanlah hati kami, peliharalah kami sekeluarga ke jalan yang lurus, kumpulkanlah kami di jannah Mu. Amin.  

Family di dalamnya ada orang yang aku sayang. Orang yang akan aku pelihara sehingga akhir hayat aku. Aku akan pastikan tak ada sesiapa berani untuk merosakkan family aku. Akan aku pimpin dengan ilmu Allah. Terima kasih Allah kerana mengurniakan keluarga kepada aku di dalam dunia ini.  Aku sayang keluarga aku.

Monday, 13 January 2014

Salam maulidurrasul.




Law Kana Bainana. Andai kekasihMu masih bersama kami. Ya Allah, aku rindu pada kekasihMu. Pertemukan aku dengan penghuluku yang terpuji Muhammad saw.

Wednesday, 8 January 2014

Aku & dia.

Selepas menulis nota, adik terus meletakkannya di atas meja. Sebelum tidur, adik berpesan pada aku, "Akak Aein, ada sesuatu kat meja."  Aku capai buku nota aku & senyum. Keesokan harinya aku printkan beberapa article tentang kiamat.  Bermula dengan turunnya Dajjal, Yakjuj Makjuj, Nabi Isa & macam-macam lagi. Aku ceritakan padanya sebelum tidur sehingga pukul 2 pagi. Banyak yang adik persoalkan hingga aku sendiri tak mampu nak menjawab. 

Nota terakhir dari adik untuk aku.

Tiga hari sebelum adik pergi buat selama-lamanya, sekali lagi adik bertanya tentang mati. Adik cakap dia tak tahan kesan kimo kali ni. Aku memujuk, membaringkan adik di riba aku. Aku usap-usap kepala adik. "Allah bagi ujian pada orang yang Allah sayang. Kalau adik redha, InsyaAllah adik dapat pahala. Adik belum baligh. Adik jangan takut. Mesti masuk syurga." Aku happy bila adik tersenyum lebar mendengar keterangan aku. Senyum kerana tenang dengan penjelasan benar. Tiga hari kemudiannya, adik pergi juga. Dalam keadaan bersedia & redha.  SubhanAllah.

Aku & dia. (taman syurga)

Andai aku tahu saat kematian itu.  Andai aku sekuat adik. Al-fatihah untuk Arwah adik Aina Natassya Jamaluddin. 

Friday, 3 January 2014

2000-2013

Already 2014.  Huh, and I'm 23 going on 24.  How life? Hopefully dapat tempuh semua cabaran dengan tenang.  Aein...(silent)  I okey ke? (angguk2 geling2)..hmmm..Miss you 2013,  jika masa dapat diputar kembali, ingin aku kembali pada tahun 2000.  But from now on, I have to change.  Semangat 13 tahun itu dah hilang & aku kenalah hadapi tahun-tahun mendatang dengan semangat 23 tahun yang lalu.  Semangat yang seperti kain putih perlu dicorakkan semula. Ape aku membebel ni. lol.