Pelangi itu indah, tapi nampak wajahnya suram..Bukan hati tak tabah tapi kadang perlukan sokongan kekuatan..Lama2 semakin jauh, lebih baik diam pendam kerana semakin diluah makin tak endah.
Setiap hari bisik dalam diri..Suruh kentalkan diri..Kalaupun pedih tetap juga teruskan hidup, hingga kadang2 bernanah tak ada orang akan peduli..Pilu tak ada orang yang tahu..Duka disebalik topeng badut.
Bukan meminta emas permata. Lagikan wang ringgit berjuta. Mahupun rumah banglo sebiji besar. Cukuplah seminit dua untuk ku merasa bahagianya dihargai manusia.
Tapi aku yakin senang memang bersama sama. Susah & pengorbanan sukar lagi hadir hari ini. Bila kesedihan tinggallah seorang. Mungkin sampai ajal beginilah rutin hari2 selalu mengharap pada yang tak pasti.
☔☔☔


No comments:
Post a Comment