Monday, 25 February 2013

Nak tak nak??

Nak happy-happy!
Tak nak sedey-sedey!

Nak sederhana!
Tak nak kurang/lebih!

Nak kahwin!
Tak nak la tak kahwin!

Nak sihat!
Tak nak sakit!

Nak cepat!
Tak nak lambat!

Nak manis!
Tak nak masam!

Nak syurga!
Tak nak neraka!

Nak kawan!
Tak nak musuh!

Nak bahagia!
Tak nak derita!

Nak dekat dengan Allah!
Tak nak dekat dengan syaitan!

Nak jadi orang baik didunia!
Tak nak jadi penjahat!

Nak berhenti!
Tak nak taip lagi! penat..;P



Kawan, saya sayang kamu.

Jangan mengharap dilayan seperti raja jika tak pernah melayan orang seperti permaisuri. Jangan mengharapkan pemberian madu jika diri sendiri memberikan hempedu.  Tak usah menilai orang setinggi langit jika berjalan masih berdengkit. Usah, tak payah, jangan pernah terfikir untuk diri dihargai jika diri sendiri masih belum menghargai.  Ye, semua ni teguran untuk diri aku yang belum  cukup ilmu kehidupan.


Awak,
Mungkin awak menyampah dengan kawan-kawan awak yang suka bergurau.  Awak tak suka kawan awak tegur secara direct.  Awak terasa bila kawan awak tak backup awak bila awak buat salah dan rasa takut.  Awak takut berkawan dengan orang-orang hebat.   Awak tak maafkan kawan awak yang banyak membuat salah dan memohon maaf.  Awak ..awak..

Tapi, sekarang kawan awak jadi seperti awak nak. Kawan awak tak bergurau lagi,  kawan awak senyap dan tak endahkan awak. Awak kata kawan awak dah berubah jadi sombong.  Kawan awak biarkan awak terus ke jalan yang salah. Awak marah sebab awak baru terfikir yang kawan sejati tak akan biarkan kawan-kawannya gagal dalam hidup.  Dan kawan awak dah tak nak mintak maaf lagi.  Awak kata kawan awak ego.  Awak mengadu pada family, pada orang yang tak tahu sengketa awak.  Awak kata pada mereka kawan awak tinggalkan awak.  

Sekarang kawan awak dah sedar yang kita berdua tak boleh erat lagi.  Kawan awak dah selalu menjauhkan diri.  Tapi awak, bukan itu yang kawan awak mintak.  Kawan awak tak nak lagi sakitkan hati awak.  Kawan dah malu nak mintak maaf lagi.  Bagi dia, biarlah doa saja yang mengiringi.  Dan semoga awak dah tak sorang-sorang lagi.  Harap sangat awak dapat kawan yang betul-betul memahami.

Fikirlah awak, aku dan sesiapa je..Masing-masing ada ego dan hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.  Kawan, maafkan aku jika aku tersilap langkah, membuat hati kawan-kawan terguris.  Hari ni bukan hari sahabat sedunia, tapi aku sedar yang kawan penting sangat untuk aku teruskan hidup ni, so, i'm sorry if I hurt you, just believe if you lose your friend you still have Allah to be as your best friend.. Salam iklas. 


Saturday, 23 February 2013

Manusia hebat



Nak jadi manusia yang hebat,
Tugas selesai kerja menyudah,
Sifat elok diri bertuah, 
Perangai terpuji maruah bertambah,
Iman kukuh ilmu berlimpah, 
Menjalankan tugas tak pernah membantah, 
Memikul beban tidak menyanggah, 
Hati baik bercakap petah,
Budi mulia perangai semenggah, 
Dalam bergaul hatinya rendah, 
Didalam perang dianya gagah, 
Dijadikan pemimpin adil membawa tuah, 
Dijadikan tua membawa berkah,
Dijadikan induk membawa faedah,
Memimpin negeri rahmat melimpah.


Ustaz Badli Shah, IKIM fm.

MasyaAllah, semoga semua sifat terpuji ada dalam diri kita.  Amin..

Tuesday, 19 February 2013

Poster


Hi Hilal, macam mana nak kaya cepat?

Ni second poster yang aku design.  Comel ke comot?? haha..tak kisah la kan.  Yang penting usaha untuk belajar something yang kita minat.  Aku memang fall in love dengan art.  Kawan-kawan semua pandai, math, science, tapi aku orang art.  Sometime rasa jealous sebab tak sehebat kawan-kawan.  Tapi, kita kena tau yang Allah menjadikan sesuatu dengan satu kelebihan dan kekurangan.  Jadi kita kena explore diri kita dan tengok kecenderungan yang ada dalam diri kita ni.  Perkara sebegini perlu diasah.  Dulu, kecil-kecil time tadika lagi , bila orang tanya nak jadi apa?  Aku mesti jawab nak jadi  pelukis sebab aku suka melukis.  Naik darjah 1, bila dapat no.1 dalam kelas,  mak tanya nak jadi apa?  Aku cakap nak jadi doktor, sebab aku fikir aku pandai selama-lamanya.  Bila besar dah, aku tanya pada diri sendiri, aku nak jadi apa?  Aku akan jawab, aku akan jadi apa-apa yang mampu aku jadi.  Semakin lama kita akan tau kemampuan kita ditahap mana.  Semuanya bergantung pada rezeki Allah.  Tak dapat di dunia, kita kena reda dengan takdirNya.  Pasti Dia akan memberi ganjaran di akhirat kelak.  Wasalam.












Saturday, 16 February 2013

Thank you Allah..

Firstly, I would like to thank Allah swt for the opportunity for the Dean List title for last semester.  Also thank to family, friend, lecturer and all for this greatest present.  Macam nak buat assignment acknowledgement la pulak kan. 

Ucapan Alhamdullilah di waktu susah mahupun senang, terima ujian Allah dengan tabah.


Tapi hakikatnya, acknowledgement bukan setakat penghargaan pada buku projek.  Ini adalah kehidupan sebenar.  Aku mahasiswa UiTM,  sejak dari diploma lagi aku memang keep fighting for dean list.  Tapi yang sebenar-benarnya, ini bukan kerana topiknya 'aku keep fighting to get what I want.' Tapi topik yang sebenarnya berkaitan dengan rezeki Allah.  Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan.  Ramai orang yang sangat berusaha tak tidur pagi untuk mencapai kejayaan tapi berhadapan dengan kegagalan.  Ada yang sempoi saja, belajar macam nak tak nak je, tapi Allah still bagi peluang untuk berjaya. 

So, aku tafsirkan yang hidup bukan senang.  Walaupun aku selalu berbisik dalam hati, 'Aein, make your life simple, you will be better."  Tapi, sesimple mana pon hidup ni, still akan berhadapan dengan masalah yang tak simple punya.  Walaupun kita selalu cakap, I'm okey,.Saya boleh terima dengan takdir ini.  Tapi, dalam hati sebenarnya tidak, sambil menangis teresak-esak di dalam hati.  (selalunya perempuan memang macam ni,hihi).

Aku, biasa-biasa je.  Bila aku futher study di Melaka, classmate bergurau dengan memberi aku panggilan "dak dekan'. Aku mengaminkan je.  Kadang-kadang aku jadi segan sebab aku bukannya hebat sangat, cumanya aku seorang yang last minute person yang akan cepat gabra bila rasa aku tak sentuh buku lagi.  Masing-masing ada cara yang tersendiri.  Ada yang buat nota blink-blink, ada yang menghafal satu persatu, ada yang baca sekali je dah paham, macam-macam ada. 

Aku sedar kuasa Allah.  Memang aku ordinary person.  Hidup aku memang semua dalam keadaan sederhana dan kadang-kadang merasakan semua yang aku buat belum cukup berusaha yang sungguh-sungguh.  Aku banyak berserah kepada takdir.  Apa yang aku buat, aku serahkan pada tuhan.  Kita hanya mampu ikhtiar.  Sama macam makan nasi.  Kita fikir, makan boleh buat kita kenyang.  Tapi yang sebenarnya, semua perjalanan hidup dah ditentukan oleh Allah.  Allah yang membenarkan kita kenyang.  Ha, begitulah ye coretan aku.  

Terima kasih Allah atas pemberian Mu.  Anugerah dekan bukan untuk kepuasan aku semata-mata.  Tapi ini hadiah untuk emak dan ayah.  Kegembiraan mereka menjadi sebahagian daripada kebahagiaan diri aku.  Thank you Allah.  Alhamdulillah..

Friday, 15 February 2013

Allah Maha Pengampun.

Assalamualaikum..

Aku manusia biasa, yang dibebani dengan pelbagai dosa.  Aku sedar yang aku banyak membuat dosa.  Tetapi azam di hati masih belum kuat untuk mengubah sikap.  Pernah juga cuba-cuba untuk bertaubat, tetapi dosa lama masih berulang.  Maksudnya, aku masih belum benar-benar bersedia untuk bertaubat.  Orang kata, nanti tua barulah taubat, senang sikit sebab collect dosa banyak-banyak dulu, nanti da tua taubat buat sekali je.  Bagi aku tidak.  BUKAN sama sekali.  Memang Allah maha Pengampun.  Namun, tahukah kita tentang kematian.  Kemungkinan, dalam beberapa saat saja, malaikat maut datang menyeru.  Jadi, atas nasihat aku, bertaubatlah selagi kita tahu yang kita membuat dosa yang mampu memurkakan Allah swt.  Bertaubatlah sebanyak mungkin kerana kita tak sedar bila dosa kita terkumpul.  Tak perlu tunggu hari tua.

Sungguh Allah itu Maha Pengampun.  Sebesar mana dosa yang kita lakukan, bila kita bertaubat, pasti Allah memaafkan.  Rasulullah saw bersabda:


"Seorang telah melakukan dosa, lalu dia berkaata:  Wahai Tuhanku ampunilah dosaku.  Lalu Allah swt berfirman:  HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, 

Dalam riwayat yang lain :  Aku ampunkan dosanya, kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata :  Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosakku.  Lalu Allah berfirman:  HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, 

Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata :  Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosakku.  Lalu Allah berfirman:  HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau.  (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Untuk peringatan diri sendiri juga,..jangan berputus asa untuk bertaubat. Keep trying. Kemungkinan besar dengan bertaubat, kehidupan yang baru dapat diperolehi.  Sekian.  Salam ikhlas.