Disebabkan ada orang tu request supaya aku ceritakan macam mana aku kenal Mr.A sehingga boleh ke jinjang pelamin, jadi aku coretkan kisah aku yang memang tak berapa best ni dalam blog. Actually coretan ini memang tulus dari memory dan hati. Almaklumla kita ni nanti dah tua mesti dah lupa, then ada anak ada cucu kot-kot mereka boleh ambil iktibar.
Bermulalah kisahnya begini...
Bangun semua.. Assalamualaikum ustazah..Murid-murid darjah 4 Perkasa memberikan salam kepada Ustazah Junaidah. Waalaikumsalam, ok semua boleh duduk. Hari ni kelas ni ada pelajar baru kan? Walaupun Ustazah Junaidah bukanlah guru kelas kami, tapi beliau mungkin tertarik untuk berperanan untuk mengenalkan pelajar baru tersebut. (Huhu..kenapa ayat aku macam cerpen dah ni?)
Ok, pelajar baru mari ke depan perkenalkan diri. Budaknya kemas, putih, sedikit ketot dan nampak nervous. Berdiri tegak bersebelahan Ustazah Junaidah dia memperkenalkan diri.. Emm nama saya, Muhd Anis bin Ahmad. Tetiba satu kelas gelak (kecuali aku la rasenye,,rasenye la)..Hahahaha..Nama perempuan.. hahaha.. nama perempuan..Ejek budak-budak kelas..Cis, siapa gelakkan suami aku dulu! Ustazah pun mencelah..Syuuhhhh, senyap semua. Kamu semua tau tak maksud Muhd Anis? Muhammad terpuji, Anis (yang mesra, teman setia, ramah dalam pergaulan -->yang ni aku google sebab tak ingat Ustazah cakap apa)
Dalam hati aku, untung kau Anis sebab baik je Ustazah kenalkan dalam kelas. Siap backup.. Aku dulu, hari kedua masuk kelas 3 Perkasa kena diri atas kerusi sebab tak bawa slip gaji penjaga. Lepas tu ingat lagi Cikgu B****h tanya aku kampung kat mana? Aku cakap kt Sri Medan. Dia cakap, mak aih Medan tu Indonesia. Kelas, mari ejek dia..Kampung pun awak tak tahu kat mana? 'Siapa nama? Umur berapa? Kamu bisukah?' Cikgu B****h mengajar satu kelas mengejek aku. Sabar sajalah, kalau melawan pun aku kalah juga.
Masa darjah 4, kedudukan meja yang aku ingatlah, berenam. Mr.A ni memang satu grouplah dengan aku sekali dengan Adibah, Akmal dan yang lain mak dah tak ingat. Darjah 5 Arif, kelas kami di balairaya. Kedudukan memang lagi tak ingatlah. Yang aku ingat Mr.A ni ketua darjah. Mr.A ni antara musuh akademik la sebab dia suka potong nombor aku. Frust sangat time darjah 5 sebab tak pernah2 aku dapat no.4 dalam kelas. Apalah aku nak jawab dengan mak nanti. Akibat dari tak dapat no.1,2,3 mak tak bagi join perkhemahan dekat Institut Haiwan sempena aktiviti akhir tahun. So, aku dapat merampas balik kedudukan no.1 dalam kelas masa akhir tahun.
Darjah 6 Arif, kami ditempatkan dekat bangunan baru, aku duduk baris belakang sama dengan Mr.A ni sebab kami pengawas. (Saya penolong pegawas, muka budjet cun) . Kalau tak memang dah duduk sebelah Mr.A tapi tah kenapa tah Mr.A ni macam tak suka ke apa, dia tak nak duduk sebelah aku. Sobs. So, antara aku dengan dia ni ada la mamat pengawas yang lain. Memang excited la duduk bangunan baru sebab bau baru kan, lepas tu siap ada makmal komputer. Untung2 dapat main game. Selain tu, ada makmal sains jugak. On that time kami darjah 6 ade subjek PEKA. Aku satu group gan si Mr.A ni. Group Neptune.
First time aku nampak sel otak Mr.A berhubung adalah time dia letak air banyak-banyak dekat roti. Masa tu ada experiment penghasilan kulat. So, kulat group Neptune paling banyak la sebab lembab. Time tu jela nampak sel otak dia berhubung, hari yang lainnya sel otak rosak la sebab dia suka menyakat aku. Aku tak kesah orang sakat aku sebab aku tau biasa lah dia orang budak-budak. Padahal aku pon budak !! Aku dulu memang orang suka sakat. Ada yang panggil aku plaza tol lah, jamban lah, sakit taun la, gajah hitam lah. Aku pon tak faham la nasib zaman kecik-kecik aku.
Ok, sekarang nak cerita pasal transport ke sekolah. Nak disedapkan cerita jodoh aku ni, aku dengan Mr.A ni sebenarnya naik transport yang sama iaitu van Pak Cik Mat Noh. Dia selalunya duduk depan, mungkin sebab dia kecik. So, memang kita orang ni tak pernah communicate la semasa dalam van. Lagipun Mr.A selalu mengelat. Semua pengawas jaga gate sebelum balik sekolah tapi dia macam The Flash, tup-tup dah balik. Aku jadi mangsa second trip. Kalau awak tahu saya isteri awak, mesti awak dah tunggu dan tak tinggalkan saya kan semasa balik sekolah rendah. (Cia cia cia)
To be continue.. Part 2


No comments:
Post a Comment