Yeay esok raya korban! Yeay esok boleh makan ketupat dengan rendang! iyeke? Nehi bete..semuanya mimpi yg tak sampai ke bintang pon. Mak, Aina, along dekat hospital JB, angah dan baby Zara kat hospital Kluang. Nampaknya raya tahun ni di hospital lagi meriah dari raya di rumah...(kecewa). Usai saja subuh, dapatlah aku sms hangit..Terpapar sms orang yang menuduh diri ini dah lupa padanya kerana tak hadir majlis perkahwinann anaknya..Disebabkan hari ini hari arafah, aku berpuasa, jadi banyak2 lah aku beristighfar atas tuduhan melulu itu. Ikutkan nafsu, lain jadinya. Maaf aku pohon dari pihak keluarga aku, dan aku nyatakan sebabnya. "Maaflah m.cik, jgn kecil hati, adik kena tahan wad, kanser kelenjar tahap 4, esok tengahari raya baru balik, mungkin anak m.cik lupa nk bgtahu hal ni, saya dah inform pada dia," lebih kurang begini sms aku setelah di cut2 kan. So, si mak cik ini sangatlah sporting dan akhirnya faham dengan keadaan family aku yang beraya di hospital (sedih + menangis). Kepada si anak, please jangan cepat melenting or create cerita yang bukan2, kasihan ibu kamu tu diperbodoh-bodohkan. Kesian juga pada mak aku yang penat jaga anak yang sakit, orang bercakap dan memfitnah benda yang tak masuk akai langsiunggg...Kalau nak bukti, mai datang rumah na..Complete medical report for your view.
Hati ini sedih bila orang yang membenci, terus membenci. Orang memfitnah terus memfitnah. Tak cukup membenci, orang cuba sakitkan hati. Tapi insyaAllah, Alhamdullilah, Allah jaga kami. Fitnah awak tak berkesan langsung, sila cuba lagi. Update kali ini bukan untuk menyakiti sesiapa, maaf pada yang terasa. Hanya untuk peringatan supaya jangan misscommunication antara keluarga. Settle dulu perlahan-lahan, baru di bawa keluar. Jangan nanti malu sendiri. Peringatan pada diri sendiri juga yang serba kekurangan. Aku juga selalu membuat silap. Sesungguhnya, semua kelebihan ada pada Allah, maka rebutlah peluang untuk ke jannahnya. InsyaAllah, aku doakan semoga semua bahagia. amin. Salam aidiladha. Moh berkorban.