Wednesday, 23 November 2016

....

Hinakah aku berkahwin dan berjauhan dari suami.  Derhakakah aku mencari rezeki dalam ekonomi yang semakin zalim ini.  Kenapa dikeji orang seperti aku.  Aku tak pernah mengeluh dengan kamu wahai manusia?

Kau lihat aku sendiri.  Bangun berdiri sendiri.  Jatuh tersungkur sendiri.  Aku kau gelakkan kerana berbeza kehidupan.  Hidupku susah hidupmu mudah.  Aku menyusahkanmu kah hamba Allah?


Wednesday, 16 November 2016

Duniawi ini

Sekali wanita jatuh cinta,
Tetap tersemat dalam jiwa,
Walau bertahun hilangnya,
Hati tak keruan penantian yang panjang.

Di jiwa hanya dia,
Di mata hati tetaplah dia,
Kata sayang tak diungkup,
Pandangan sepi seorang insan.

Kecantikan tetap jua dipandang,
Tidak mengerti erti kasihan,
Bagai anak tiri yang meminta,
Akhirnya diam seribu bahasa.

Memori lama dipadam,
Menunggu sinar baru yang datang,
Hanya iman dalam dada,
Sampah jiwa dihanyut gelora.

Damailah hati ku yang sepi, 
Mengharap pada yang tak sudi,
Kuatkan semangat, angkuh dan berani,
Jalani hidup, lupakan segala duniawi,

AJ





Tuesday, 8 November 2016

Distance doesn't separate people.. Silence does..

Monday, 7 November 2016

Aku, Dia dan Lagu



Aku mempunyai seorang adik yang sangat comel bernama Aina Natassya.  Kulitnya putih gebu dan rambutnya halus.  Matanya bundar manakala bentuk mukanya bujur.  Jarak umur kami sepuluh tahun.  Aina merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik dan sangat manja dengan emak.   Kami menggelarnya  dengan panggilan ‘adik’.  Orang yang sangat adik sayangi ialah emak.  Adik selalu memuji masakan emak terutamanya mee hailam.  Katanya, masakan emaklah yang paling sedap di dunia ini sehinggakan dia meminta emak untuk menyertai program Master Chef Malaysia di Astro Ria.  Baginya, emaklah insan yang sentiasa ada masa untuknya, yang selalu memberi semangat kepadanya tatkala hatinya dihimpit kesedihan.  Adik juga sangat sayang pada ayah kerana ayah sanggup berkorban mencari rezeki dengan berjaga malam menjadi security guard.  Kadang kala adik akan memanggil emak dengan panggilan ibu, umi, mama dan lain-lain lagi untuk mengambil perhatian emak.  Hanya emak sahaja yang mengerti hatinya itu. 

Pada bulan Oktober 2012 adik mengalami demam yang sangat teruk.  Habis badannya dipenuhi dengan ruam-ruam kecil dan perutnya membengkak.  Adik dihantar ke Hospital Kluang untuk rawatan lanjut. Adik disahkan mengalami kekurangan darah dan bengkak hati.  Adik kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.  Di sana, adik terpaksa menjalani pembedahan untuk pengambilan air tulang sum-sum bagi mengesahkan penyakit adik yang sebenar.  Selain berusaha dengan cara perubatan moden, kami juga mencari inisiatif perubatan tradisional.  Tetapi kami hampa kerana masih tiada perubahan positif terhadap diri adik.  Doktor di HSA pula tidak dapat mengenal pasti penyakit adik, membuatkan kami berasa lebih risau.

Adik kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru  di bahagian wad kanak-kanak. Di sana, doktor pakar kanak-kanak mengesahkan adik menghidap kanser nodus limpa atau Lymphoma cancer tahap empat.  Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan kami sekeluarga.  Hati siapa yang tak sedih mendengar khabar berita yang buruk.  Hampir setiap hari emak menangis mengenangkan nasib adik.  Namun, emak kuatkan hati.  Sepanjang di hospital, emaklah yang menjaga adik dengan penuh kasih sayang.  Setelah berbincang dengan doktor, kami bersetuju untuk memberi kebenaran kepada doktor untuk melakukan rawatan kimoterapi terhadap adik.  Adik menjalani rawatan kimo sebanyak enam kali.   Alhamdulillah, adik semakin sihat walaupun rambutnya  gugur, kuku adik rosak dan saraf kaki berfungsi dengan kurang baik. 

Oleh kerana sel kanser sudah dapat dimatikan, doktor membenarkan adik untuk bersekolah.  Di sekolah, adik sangat popular kerana hanya adik seorang sahaja yang memakai topeng penutup hidung.  Katanya lagi, pelajar senior sangat mengambil berat kepadanya kerana terpesona dengan kecomelannya itu.  Mereka tidak menyangka disebalik topeng itu tersembunyi wajah comel yang tenang. Semakin hari adik semakin sihat dan ceria.   Rambutnya mula tumbuh dan kulitnya halus seperti bayi yang baru dilahirkan. 

Tanggal 2 Oktober 2013, genap umur adik 13 tahun.  Malang tak berbau, pada hari kelahirannya adik diserang demam yang teruk.  Adik terpaksa dibawa ke HSI pada keesokan harinya untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.  Jelas doktor, sel kanser adik sangat aktif.  Adik terpaksa menjalani rawatan kemoterapi semula untuk mematikan sel jahat tersebut. Akibat dari kimoterapi tersebut, adik semakin kurus dan kurang selera makan.   Semakin hari adik semakin tidak bermaya sehingga pada suatu hari, adik kelihatan terlalu lemah.  Emak dan kak long terpaksa menghantar adik ke hospital dan dimasukkan ke wad ICU.   Tanpa membuang masa, aku, ayah dan adik-beradik yang lain bergegas ke hospital untuk melihat keadaan adik.  Aku melihat adik tercungap-cungap.  Matanya bergenang air dan memandang aku sayu.  Aku sedih melihat keadaan adik.  Jumaat 15 November 2013, tepat jam 6:33 petang, adik menghembuskan nafasnya yang terakhir.  Emak hampir pengsan, kaki kami menggeletar melihat sekujur tubuh kaku itu milik adik kami.  

Aina Natassya satu nama yang tak mungkin pudar dalam memori hidup kami.  Tubuhnya kecil namun cita-citanya besar.  Buat emak dan ayah, aku berharap agar emak dan ayah redha dengan pemergian adik.  Adik, kakak Ain minta maaf kerana tak menjadi kakak yang sempurna buat adik.  Sesungguhnya Allah lebih menyayangi adik lebih dari kami.  Semoga tenang di sana dan kenangan bersamamu tak akan kami lupa hingga akhir hayat kami.  Al-fatihah buat Arwahyarhamah Aina Natassya bt. Jamaluddin.

Wednesday, 2 November 2016

Coklat baru okey..=)










Thanks abang.  Thanks sebab tahan dengan perangai isteri yang degil ni.  Btw, million thanks for surprise gift..I love you so much..You made my day.. Smiling =)