Aku, Mr.A dengan dua lagi kawan sekelas telah diselect oleh Cikgu Nizar untuk join quiz kesihatan. Sambil aku study dalam bilik tayangan, tiba-tiba pintu terkunci. Rupanya Mr.A and the geng yang kunci. Mula-mula niat hati nak jerit 'Woi bukak la woi'. Tapi sebab nak control ayu punya pasal, aku senyum je.
Semasa hari pertandingan pula, sepatutnya separuh masa je aku dah kena ganti orang untuk jawab soalan. Aku mula lambai2 si Mr.A ni sebab nak suruh dia ganti tempat aku. Tapi Mr.A lak dok geleng2 kepala tanda tak setuju. Kalau pekena flying kiss, comfirm Mr.A datang kan.
Kami kemudiannya terpisah kerana berlainan sekolah menengah. Aku di MRSM Pontian, Mr.A pula di Sek.Sains Kluang. Tapi semangat Mr.A ni kuat bagi aku. Dia ada kirimkan dedication card, selain tu ada juga surat, keychain dan gambar dia semasa trip ke Cameron Highland. Masih ada lagi barang-barang tu aku simpan dalam drawer bilik no.2. Kawannya Hasif yang beri nombor telefon aku pada dia. So, dapatlah kami ber sms sampailah kami dapat panggilan sambung belajar di UiTM Jengka.
Semata-mata nak belajar di tempat yang sama, Mr.A sanggup pilih UiTM Jengka untuk sambung diploma. Actually dia ada dapat Matrikulasi Melaka, aku pula dapat SPA Kuantan. Tapi, tuhan sebaik-baik perancang, kami ditakdirkan untuk bertemu di UiTM Jengka, Pahang. Di situlah bibit-bibit cinta mula mekar.
Di Jengka, kami study bersama, outing bersama, joging bersama, lepaking di Taman Tenet bersama. Bila habis kelas, mata meliar mencari kelibat. Bila berjauhan, hati tak keruan. Kalau nak exam, kami akan wish good luck, lagi romantik kalau terserempak dekat DSG, masing-masing senyum dan wish good luck. Aku rindu nak naik bas pergi Temerloh, pergi pasar Jengka, pergi B Mart cari Meggi. Paling jauh pon kami pergi Kuantan jela, tengok movie Handcock tapi masa tu masih segan silu. Masa tu kami masih berkawan baik. Dialah bff aku.
Dulu, aku fikir dia suka kat orang lain sebab nampak dia bergambar dengan sorang member perempuan dia time dinner. So, aku memang diamkan perasaan aku. Sampai satu hari tu, Mr.A pergi Taman Negara. Aku menangis. Maybe dia rasa berjauhan dengan aku, dia sms bagitahu yang dia suka kat aku. Tak tahu nak respon apa, aku malu sendiri. 11 November 2010, Mr.A nak aku jadi mak we dia. Time tu aku dah semester 4 kalau tak silap. Tapi, aku cakap kalau ada yang lebih baik dari aku/dia, kami harus pilih yang lebih baik.
Pengalaman paling manis aku dan dia ialah masa naik train dari Kluang ke Jerantut, Jerantut ke Kluang. Dari Jerantut ke Jengka kami ambil teksi atau ulat teksi. Bahagianya tuhan yang tahu. Cuti semester kami tak seronok sebab kami jarang jumpa walaupun kami ni satu taman, nama diberi Taman Seri Lalang, Kluang. Malam paling mendebarkan bukanlah malam pertama tapi malam semasa nak kena cek pointer dekat website UiTM. (Waktu cek result pukul 12:00 malam tu) Hahaha..time tu aku akan cek kan untuk Mr.A sekali.
Sebab terlalu banyak kenangan tu, sambil menaip ni pon aku tersenyum2 sebab rindu sangat zaman diploma dekat UiTM. Memang menusuk hati bila teringat balik tempat-tempat macam KFC Jengka, Stesen bas Jengka, Rumah Nenek Rock. Kalau nak cerita details pasal Jengka memang tak cukup masa lah.
Aku jatuh pada mulanya, bila aku berada di Jengka, aku membawa banyak harapan seiring dengan seribu kenangan. One day, kita pergi Jengka ye awak. Mesti Owsem!
To be continue.. Part 3

