Monday, 25 April 2016

Again about feeling

Hey ya bad emotional feeling, come on fight with me. 
I always smile even I know you (feeling) is really bad to me.
I never lose even you (feeling) is hard to understand.
Can't you just give up from disturbing me? I always win, so why wasting your energy.

Do you know?
When I recite the quran and perform the pray.  I got the answer.
The weapon to kill you bad feeling is a peace. 
Peace heart from a peace person.
Peace person can get from a kind heart. 

So, feeling how you feel?




Saturday, 9 April 2016

Moh ke Bandung

Aha, meh sini akak nak cerita pasal trip honeymoon di Bandung, Jawa Barat. Lepas majlis perkahwinan pada 19-20 Feb 2016, kami suami isteri decide nak ke Bandung. Kira ini pon last minute punya decision coz before ni plan nak ke Krabi, Thailand.  Tapi bila hubby tengok tiket ke Bandung not bad harganya, dipendekkan cerita kami pon fly la pada 23 Feb. 

23 Februari 2016:-
Sampai2 je kami trus tukar sim & pak supir nama dia Iman dah tunggu kami untuk terus cek in di Hotel Grand Serela. Hotel ni not bad, pihak pengurusan free upgrade sebab tau kami tgh honeymoon. Thanks3. Dalam pukul 2 ptg kami terus cari tempat makan (Restoran Sederhana) utk merasa masakan nasi padang. Paling umph, petai goreng rangup dia, hehe..Hbis makan kami ke Rumah Mode, kat situ macam2 brg branded boleh kita beli dengan harga murah. Kami save money sebab esok nk shopping sakan katanya.

24 Februari 2016:-
Hubby hire sorang pak supir (nama tak ingat) untuk bawa kami jalan2. Tempat first kami pergi ialah Tangkuban Perahu. Gunung berapi yang besar bagi aku tapi rasa tak berapa selesa sebab ramai penjual paksa2 kami beli ole2 dari mereka. Kemudian kami ke Sari Alter Hot Spring & Resort. Emm, di sini nyaman kok..tapi sayang, hujan deh. Kami makan mknn jawa di restoran (x igt nama). Sedap sangat sampai senak perut ni. Lepas tu kami ke Pasar Baru utk borong ole2 nk bagi family. Bukan main besar Pasar Baru ni sampai sakit kaki ni melecet. Tangan dah penuh dengan ole2, pak supir bawa kami ke outlet factory, kami tak beli ape2 sebab dah borong kaw2 tadi kat Pasar Baru. 

25 Februari 2016:-
Okey dah nak balik Malaysia. Bye Bandung..
Btw, thanks en.suami uruskan semuanya & belanja g Bandung. Pasni bole bawa lagi..=)

Actually lama dah nk update pasal trip ni tapi tak sempat & terus terlupa. Harap memory ni menjadi kenangan terindah. Alhamdulilah.

Friday, 1 April 2016

Kerja

Sejak-sejak ni aku rasa tawar hati untuk bekerja. Aku merupakan kakitangan kerajaan kontrak. Dengan gaji yang tidak seberapa aku perlu mengendali projek jabatan tanpa apa-apa training dan tanpa pembantu untuk melaksana.  Aku belajar untuk tabah, belajar untuk sabar sehingga satu tahap aku fed up apabila apa yang aku buat tiada garis panduan.  Bos aku kata aku ni lembab, tak agresif, tak pandai.  Memang betul, tapi apa usaha jabatan untuk meningkatkan prestasi aku.  Aku bergerak sendiri, ke sana ke sini ke jabatan lain untuk menuntut ilmu secara tidak formal.  Aku rasa penat apabila apa yang aku buat tak pernah dihargai.  

Bukan aku nak merungut.  Aku cuma rasa terbeban apabila aku mendapat tugasan, aku tak tahu nak buat apa.  Tak ada senior yang boleh ajar aku apa yang perlu aku buat. Bukan aku tak usaha.  Dengan taraf aku yang rendah ini, banyak kali aku dimaki pegawai dari jabatan lain bila aku mohon untuk menjelaskan sesuatu kerja.  

Lagi satu yang tak bestnya, kerja kerajaan ni sepatutnya mementingkan kualiti & kuantiti sebagai garis ukur tapi di sini, ukuran dikira melalui siapa cantik.  Siapa cantik tak kene marah, siapa cantik tak payah buat kerja susah-susah.  Cukup pandai melayan dan cukup pandai menitiskan air mata jika kene marah.  Aku perempuan, aku punya perasaan juga. Memang aku tak pernah nak menangis apabila ditegur dimaki, tapi memang adat bekerja kita kene terima teguran.  

Harap sangat one day aku ada kerja sendiri.  Run business sendiri supaya susah senang aku yang rasa sendiri.  Aku harap supaya orang-orang atasan berubahlah, jangan asik dok nasihat suh kita jadi professional jadi reda dengan kerja yang bukan taraf kita ni. Sebelum nasihat, mohon buat dahulu. 

Maaf jika terkasar bahasa.  Rasa penat dengan kerenah semua.  Ya Allah, tabahkan aku tempuh semua dugaan. Hmm..

Yg benar,

Si kaki bosan =(