Saturday, 23 August 2025

Allah Maha Besar

Bismillahirrahmanirrahim, 13 Ogos 2025 Allah telah menunjukkan kekuasaanNya. Terima kasih ya Allah kerana mendengar doaku selama ini. 

Saturday, 30 December 2023

Tak puas hati. HAHA

By the way, macam biasalah. Akhir tahun je barulah teringat nak jengok blog yang nak terkubur ni. 

2023 bakal meninggalkan semua makhluk bumi yang fana ini. 2024 menyusul dengan azam baru yang tak berapa nak baru tu.  

Meanwhile masih bernafas, dah 33 tahun bernafas.  Blog ini aku jadikan satu tempat untuk aku luah perasaan yang paling mendalam, hahaha.

2023 agak mencabar.  Kehidupan yang penuh dengan fitnah. Mengadap orang-orang pengadu domba.  Tapikan, Allah tu ada. 

2023 ni banyak kisah duka, sampaikan sometime rasa diri ni tak diadili dengan betul.  Tapikan, berbalik kepada nikmat Allah, banyak dah nikmat yang Allah turunkan, yang kita tak sedar atau buat-buat buta.

Untuk berhadapan dengan orang-orang yang gilakan kuasa, tamak haloba dan otak yang tak center memang sangat-sangat susah. Sampaikan, aku rasa aku tak layak nak berdebat dengan orang macam tu sebab not my level la nak gaduh dengan orang bodoh.

Actually dulu aku ni sopan santun lemah gemalai.  Sejak-sejak diri ni menua, aku realize yang kita ni tak boleh lemah sangat. No more jadi lembu kena cucuk hidung. 

Nasihat untuk diri aku sendiri. Be myself dear Aein. 

#Sae kena tukar unit 31/12/23

Sunday, 5 September 2021

Your memoir

6 September 2021,

Husband masuk kerja site baru di Pagoh. OMG, kenapa aku pula yang nervous. Good luck abang. See you soon. Have a brighter future, chill, been loved. May Allah bless. Sedih. Cia3...5 years LDR.


Thursday, 31 December 2020

2020 Story

Alaaamak tahun 2020 langsung tak update blog ni..Nampak tak 2020 ni bahagia sampai lupa nk up story dekat sini. Esok dah 2021 pon. 

Btw, nak cakap 2020 ni tahun yang tough..1st sekali is about covid 19. So, tahun ni diperkenalkan dgn PKP, PKPP, PKPB, PKPD, work from home, Dr.Norhisyam (hehehe), norma baru & dibelenggu roadblock yang menyeramkan. Apa pun, alhamdulilah, aku, keluarga dikurniakan kesihatan yang baik, masih diterima kerja walaupun ekonomi merundum.

Tahun ni aku duduk rumah baru. Then kne tukar unit kat tempat kerja.

Aku banyak diam untuk bagi peluang dekat orang baru UP kan diri. Tahun 2020 ni banyak nikmat Allah aku abaikan. Aku alpha, tah apa yang aku capai tahun ni aku tak tahu. Tahun ini aku memang rasa down dengan kehadiran LDr yang asik ambil kesempatan atas kebaikan.


Apa pon..2021 aku kene teruskan hidup! Usaha untuk dapatkan baby, jadi yang terbaik yang termampu. Penulisan aku pon dah tunggang langgang ni. Hehehe. 

Pencapaian aku tahun 2020 ialah aku berjaya untuk tak terlalu menjaga hati orang yg mengambil kesempatan. Hehehe, I learn to say No. Aku belajar untuk reduce beban kerja aku. Aku belajar tak peduli. Orang tak pandang aku, aku lagi tak pandang orang. Yang penting kerja aku siap. Thats it.

Tahun ni jugak perut aku dengan suami maju ke depan sebabkan lemak tepu. Astaga....


Ok lah..penatlah membebel. Memori indah 2020 tak banyak..So, good bye 2020. Terima kasih Allah atas nafas yang Kau berikan.


aj.31.12.2020



Tuesday, 31 December 2019

2020 is coming

Beberapa jam lagi 2019 bakal melabuhkan tirai. Aku cepat2 update post ni sebab rasanya tahun ni jarang sekali jejari aku menaip di blog ni.
So, I'm here untuk listkanlah beberapa perkara yang dah tertunai pada 2019. 

Tak banyak, tapi ada...

Untuk kerjaya, ya aku masih level bawah-bawah lagi tapi on Januari aku dapat APC sempena kerja keras 2018. 

Then, beberapa projek untuk office telah aku lunaskan. Ada juga projek pameran yang dah diluluskan. Alhamdulilah.

Next is my impian untuk ada rumah tercapai. Suami dapat key rumah dia di Mengkibol Kluang on Julai. Tanpa disangka2 aku dapat key rumah aku di Ulu Tiram on November.

On October, suami dapat offer kerja lain dengan gaji yang lebih baik. Tq Allah.

On 2 Nov, aku and suami dapat pergi short vacation dekat Bukit Tinggi. Honeymoon yang ke berapa, tak ingat. Yes, dalam Malaysia je, tapi syukur alhamdulilah.

28 Disember (Sabtu), kak long aku bertunang. Allah jawab soalan & harapan aku untuk along tersayang. Mungkin ini juga harapan mak ayah aku.

Bab failed pula, aku banyak failed temuduga. Banyak kali pergi iv kot. Asyik failed saja. Betapa kuat pesaing masa sekarang.

Tak lupa Naqiu menang GV beb..hihi

Rasanya itu sajalah pencapaian seorang Azatul pada 2019.

Harapan 2020. Tentulah inginkan sesuatu yang lebih baik. Allah jua yang menentukan. Kita hanya merancang.

Nak baby..nak baby!




Saturday, 28 September 2019

Hati

Tahu tak sebenarnya, kita lebih stressful dengan orang yang kita sayang. Kita sayang suami kita, then suami kita yang make situation tu jadi stress. Kita sayang anak kita, then anak kita pula buat kita. Yes, sometime mereka nak perhatian kita. Sama macam kita as perempuan, saja cari gaduh sebab nak perhatian. But one thing kita kena ingat yang kita jangan selalu hidup stress, kena happy.

Mostly, perempuan macam aku memang cepat stress & sensetif. Nak kena jaga maruah, jaga adab, jaga nama baik keluarga. Bila tengok orang lain, enjoy, tak kisah bergaul. Hati terdetik juga. Yela, kita pjj kan. Kadang memang nak memberontak pon ada. Kadang memang rasa kesiannya hidup aku, sebab sunyi. Isteri yang sunyi. Menakutkan bunyinya.

Tapi ingat, Allah ada. Allah nampak. Allah masih sayang kita. Manusia tak bertimbang rasa. Allah jua tempat kita mengadu domba. 

Tuesday, 30 July 2019

TTC - Trying to Conceive

Actually dah lama dah aku collect information about TTC (Trying to Conceive) ni. Tapi on off mood sebab kita manusia kan. Kadang-kadang lupa, kadang-kadang rasa tak perlu. Sehinggalah, aku rasa aku nak sangat baby. Nak sangat merasa perasaan mengandung tu. Aku perlu stop semua makanan yang aku suka.  Serius, memang semua yang aku listkan dekat bawah ini memang favorite aku. So, memang kena betul-betul jaga pemakanan.  Ok, ni aku list makanan kegemaran yang aku perlu let go:

1. Soya
2. Susu
3. Daging (semua jenis daging termasuk ikan)
4. Kopi
5. Roti
6. Gula termasuk aspartame
7. Makanan dalam plastik
8. Fast food

Selain berusaha, aku kena juga banyakkan berdoa kepada Allah. Bersihkan hati dan jiwa.
Kurangkan stress dan happy selalu. Semoga apa yang aku idamkan selama ini menjadi kenyataan. Dugaan aku di dunia ini perlu aku tempuh dan hadapi dengan tenang. InsyaAllah. 

May Allah ease everything.