Firstly, I would like to thank Allah swt for the opportunity for the Dean List title for last semester. Also thank to family, friend, lecturer and all for this greatest present. Macam nak buat assignment acknowledgement la pulak kan.
Ucapan Alhamdullilah di waktu susah mahupun senang, terima ujian Allah dengan tabah.
Tapi hakikatnya, acknowledgement bukan setakat penghargaan pada buku projek. Ini adalah kehidupan sebenar. Aku mahasiswa UiTM, sejak dari diploma lagi aku memang keep fighting for dean list. Tapi yang sebenar-benarnya, ini bukan kerana topiknya 'aku keep fighting to get what I want.' Tapi topik yang sebenarnya berkaitan dengan rezeki Allah. Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan. Ramai orang yang sangat berusaha tak tidur pagi untuk mencapai kejayaan tapi berhadapan dengan kegagalan. Ada yang sempoi saja, belajar macam nak tak nak je, tapi Allah still bagi peluang untuk berjaya.
So, aku tafsirkan yang hidup bukan senang. Walaupun aku selalu berbisik dalam hati, 'Aein, make your life simple, you will be better." Tapi, sesimple mana pon hidup ni, still akan berhadapan dengan masalah yang tak simple punya. Walaupun kita selalu cakap, I'm okey,.Saya boleh terima dengan takdir ini. Tapi, dalam hati sebenarnya tidak, sambil menangis teresak-esak di dalam hati. (selalunya perempuan memang macam ni,hihi).
Aku, biasa-biasa je. Bila aku futher study di Melaka, classmate bergurau dengan memberi aku panggilan "dak dekan'. Aku mengaminkan je. Kadang-kadang aku jadi segan sebab aku bukannya hebat sangat, cumanya aku seorang yang last minute person yang akan cepat gabra bila rasa aku tak sentuh buku lagi. Masing-masing ada cara yang tersendiri. Ada yang buat nota blink-blink, ada yang menghafal satu persatu, ada yang baca sekali je dah paham, macam-macam ada.
Aku sedar kuasa Allah. Memang aku ordinary person. Hidup aku memang semua dalam keadaan sederhana dan kadang-kadang merasakan semua yang aku buat belum cukup berusaha yang sungguh-sungguh. Aku banyak berserah kepada takdir. Apa yang aku buat, aku serahkan pada tuhan. Kita hanya mampu ikhtiar. Sama macam makan nasi. Kita fikir, makan boleh buat kita kenyang. Tapi yang sebenarnya, semua perjalanan hidup dah ditentukan oleh Allah. Allah yang membenarkan kita kenyang. Ha, begitulah ye coretan aku.
Terima kasih Allah atas pemberian Mu. Anugerah dekan bukan untuk kepuasan aku semata-mata. Tapi ini hadiah untuk emak dan ayah. Kegembiraan mereka menjadi sebahagian daripada kebahagiaan diri aku. Thank you Allah. Alhamdulillah..