Saturday, 4 February 2017

Aku dan dia - Part 3

Mr.A mula kerja sewaktu umur 23 tahun iaitu pada tahun 2013. Aku pula pada umur 24 tahun. Kami masih berhubung antara satu sama lain seperti biasa walaupun kami jarang bertemu. Aku di Johor Bahru, Mr.A pula tah ke mana-mana kerjanya, sekejap dihantar ke Johor, sekejap Pahang, sekejap Sarawak. Pada umur 25 tahun, aku rasa apakah maknanya cinta kami jika tidak menjadi kekasih halal.  Aku mula bicara tentang perkahwinan dan ini disambut baik oleh Mr.A. Dia mula mengumpul duit.  Maklumlah, melayu...hehehe..bab duit hantaran tu wajib katanya.  

Raya tahun 2015, bunda dan ayah Mr.A datang merisik.  Masa tu, malu sangat.  Kak Long aku plak asik cuit2 aku.  Dia yang excited sangat.  Masa tu, memang cuak laa perasaan ni.  Macam tak percaya pon ada.  Bila ayah panggil, Ain...keluar kejap ni haa ada orang nak jumpa..Aku keluar, gugup, malu, macam-macam perasaan.  Nak pengsan pon ada.  Kak Gee, mak cik Mr.A suh aku duduk sebelah dia dan dia pun sarungkan cincin risik. Malulah time tu, adudu nasib baik la sekali je seumur hidup.

Akhir bulan 10, tahun 2015 kami ditunangkan.  Time ni, aku dah tak cuak dah.  Aku make up sendiri je.  Pelamin, jiran aku yang tolong pasangkan. Keluar dari bilik, sarung cincin, terima barang hantaran dan semua berjalan lancar. Mr.A datang lambat, masa parents dan rombongan meminang da nak balik baru datang. Lepas tu buat muka tak malu, bergambar bersama atas pelamin mini.  Aku pun dah tak malu, peduli apa kan. Bukan selalu. 

19 Februari 2016, dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri Mr.A.  Sampai sekarang aku masih tak percaya aku ni bini orang sebab aku ni terlalu comel untuk menjadi mak orang nanti. Kahkahkah. Waktu nak nikah tu, Mr.A datang lambat.  Gabra aku dibuatnya.  Lepas tu dia cuak, muka dah macam apa then masa da habis akad nikah tu kadi cakap 'SAH'! Dia pula yang henjut tangan tok kadi. Mr.A, Mr.A..rilex la..chill..hahaha. Aku dalam bilik tak fokus sangat apa yang terjadi dekat luar, sebab aku teruja muka aku dah make up macam Ella Ratu Rock pula.  Hahaha.. 

20 Feb 2016, malas nak cerita la.  Bersanding atas pelamin. Bad mood sebab tak selesa sangat pakai baju pengantin. 

Kami honeymoon dekat Bandung, Indonesia. Best sangat, romantik sangat. Next honeymoon rasanya nak pergi Lombok la. 

Terima kasih Mr.A sebab sudi jadi suami kepada baby besar ni. Alhamdulilah, Ya Allah, Engkau beri kami nikmat dunia, kenangan terindah, rezeki yang mencukupi kepada kami Ya Allah. Walau kami PJJ saat ini, cinta ini akan sentiasa mekar dan setia menanti untuk hidup bersama seperti pasangan lain. Jika tembok cinta ini dilambung ombak badai, kita berdua adalah manusia yang harus berjanji untuk bertanggungjawab untuk bina tembok cinta ini. Warning saya, awak jangan nakal.

I love you Muhd Anis.

Your wife, 

#baby#aein#azatul#oranglidi#binimr.ketot#

No comments:

Post a Comment