Sunday, 29 December 2013

Stay strong.

Silent is girl's loudest cry, she really hurt when she starts ignoring you.  If she is speechless, her heart is too tired for words.  So, don't worry if your women is fussing at you, she do it because she don't want to lose you.  What you need to worry is when she gets silent. On that time, it will be too late.

And I will be strong even if it all goes wrong.  Stay strong and do this:


Thursday, 26 December 2013

Swear it again.

I'm never gonna say goodbye,
Coz I never wanna see you cry,
I swore to you my love would remain,
And I swear it all over again and I,
I'm never gonna treat you bad,
Coz I never wanna see you sad,
I swore to share your joy and your pain,
And I swear it all over again.

Sweet & sad.


UP Movie. Got married and got to go. (T.T)

Saturday, 14 December 2013

FAD.

Pengalaman praktikal di ALAM Melaka memang tak dapat dilupakan.  Aku dikelilingi dengan orang-orang yang sangat supportive.  Di ALAM, aku belajar benda yang aku tak pernah aku jangkakan.  Aku ditempatkan di Procurement section, FAD.  Hah, mula-mula masuk department FAD, memang cuak, gelabahlah sebab aku memang zero pasal accounting ni. Then, supervisor aku briefing sikit-sikit dan bagi nasihat supaya aku berani cuba untuk tempoh semuanya.  Alhamdulillah, bermula di FAD aku tahu sal purchasing, receiving dan payment.  4 bulan di ALAM, aku tau basic finance & account.  Bukan tu saja, aku juga involved dengan kelas agama, kelas tajwid and event-event di ALAM.  Memang seronok. Memang balance sangat kat ALAM.  Balance dunia & akhirat.  

Tapi yang penting sangat ialah pekerja-pekerja ALAM, sangat low profile & ramah tamah. Dulu time diploma, time ada farewell party, muka aku sorang aje yang kena basuh tray makanan.  Student praktikal lain, beralasan cakap tak biasa lah, bukan kerja mereka lah. Tapi kat ALAM, memang tabik spring.  Executive sendiri yang pergi angkat, pergi basuh tray sama-sama dengan aku. Memang aku respect sangat sebab orang ALAM ni buat kerja dari awal hingga habis.  Tak pernah nak merungut.  Time makan pula, kami makan berjemaah.  Sambil bergosip-gosip & share pengalaman.  Memang rindu sangat kat orang-orang ALAM.  Ikut hati memang nak je apply keje kat ALAM, tapi aku lagi sayang kat family. Orang ALAM memang sweet comey gitu.  Kot2 aku muda-muda dah nyanyok, kat sini aku taip nama-nama mereka yang aku sayang supaya aku tak lupa hingga akhir hayat aku.

Kak Azmatun, Kak Ain, Kak Aina, Kak Sabariah, Kak Fiza, Mr. Guna, En. Suratman, En. Zamzuri, En. Izan, En. Hafis, En.Fadly, En. Nasir, Mr. Abtar.


Aha..sporting sangat mereka ni.  Just untuk student yang kerdil ni, sanggup berhenti buat kerja sekejap untuk snap picture untuk kenang-kenangan.  


Terima kasih daun keladi, InsyaAllah jika ada rezeki kita berjumpa lagi.  
Salam Sayang dari Aein Junior.

Thursday, 12 December 2013

Losing a loved one.


Inspire.


 I will be..but slowly..insyaAllah.. 


Renung-renung.

Adik Aina telah pergi buat selama-lamanya kerana kanser nodus limpa, darah. Walaupun pemakanannya kami jaga, Allah lebih sayangkan arwah.  Arwah Aina merupakan cucu pertama yang pergi mengadap Illahi. Walaupun dah hampir sebulan, kenangan bersama adik masih kami ingati. Nenek sebelah ayah mengidap kanser payudara, tapi Alhamdullilah nenek sembuh dengan izinNya. Kanser, bagai dah sebati dengan hidup keluarga.  Aku? Mungkinkah aku ni pengidap kanser?  Apapun aku hanya boleh berdoa dan amalkan pemakanan GLA Complex Shaklee, Aprikot B17 & Transfer Factor.  Kerja belum lagi, tapi ubat-ubatan dah mengalahkan orang bergaji tau.

Orang pertama yang paling risau ialah emak.  Air mata aku bergenang, mengesat air itu sebelum mak menyedari yang aku juga risau.  Aku sedih bila melihat emak sedih.  Wajah emak yang berusia menambah lagi simpati.  Tak sanggup aku nak pau mak beribu-ribu untuk benda yang belum pasti boleh memanjangkan umur aku ni.  Emak, orang yang paling aku sayang.  Paling aku percaya setiap patah perkataan.  Segala keputusan aku akan rujuk emak dulu.

Ayah,.Mungkin sebab ayah seorang lelaki.  Emosi dapat dikawal lagi.  Tapi, memang kami rahsiakan supaya ayah boleh fokus dengan kerjanya sebagai pencari rezeki.  Walaupun gaji ayah tak seberapa, kerja ayah hanya tukang kebun, aku bangga ada ayah yang mampu menghulur rezeki buat kami. Aku tenung wajah ayah lama-lama.  Seronok melihat ayah sentiasa ceria.  Aku tenung ayah dalam-dalam kerana melihat kedua ibu bapa insyaAllah mendapat pahala.

Alhamdulillah, aku masih ada keluarga yang bahagia, yang mampu menggembirakan aku dengan gelak ketawa, gurau senda. Masih ada along, angah yang memberi semangat.  Tak akan aku sia-siakan mereka. Aku sentiasa berharap one fine day, aku akan bertemu seorang lagi hamba Allah yang mampu berkongsi suka duka di dunia juga di akhirat.  Jika tiada, aku redha kerana Allah sentiasa available, sudi & tak kan bosan bila aku mengadu banyak-banyak, malah Allah mampu memberi yang terbaik untuk hambaNya yang kurang ni. Allahuakbar! 

Al-fatihah untuk  Arwahyarhamah Aina Natassya Jamaluddin.

Friday, 6 December 2013

Berdoa.

Ya  Allah.  Antara cinta keranaMu & cinta nafsu.  Aku pilih cinta keranaMu.  Aku mahukan cinta yang hakiki. Tak mahu terjebak kerana nafsu semata.  Hindarilah aku dari sebarang fitnah dan buruk sangka. Amin.

..sedih..

Thursday, 5 December 2013

Boring.

Aku rasa buah rambutan tu sangatlah beruntung sebab ada rambut sebab tu dia dipanggil rambutan.  Durian nama diberi sebab berduri. Buah lain botak.  Kenapa tak dipanggil botakan?  Buah-buah lain kena compete sesama sendiri untuk mendapatkan nama sehingga satu buah pon tak dapat gelaran botakan.  Ini membuatkan buah-buah lain menjadi creative dengan mencreate nama sendiri. Manggis, tembikai, langsat, duku, rambai dan semua botakan kemungkinan merupakan adik-beradik.  Al-kisahnya cerita tipu dari Permaisuri Boring.

Unknown future.

Afraid to know the unknown future.  At home, while shaking legs, mind drifting...It's all about the questions of future.  What I will be? With whom I will marry?  Oh, two questions only.  Career and mate.  Life is simple actually, but still, life goes wrong if both questions unable to be expressed.  And now, my life really goes wrong, goes bad, goes down..Flyfly without direction.  Nak hentak kepala laju-laju sambil menyanyi lagu zizan kaka. Cry, when a person left.  Cry, when people put unwanted words on me. When I deserve, but it did not happen.  Can I? Endure? Survive? Hmm..Mengeluh, menyesal tak sudah. ='(

Tuesday, 3 December 2013

Kau pergi.

Dalam diam tak diam dah hampir 3 minggu adik Aina meninggalkan keluarga untuk bertemu dengan Maha Pencipta.  Aku masih menganggur. Biarlah apa orang nak kata, cuma Allah sahaja yang tahu perasaan kita, Allah tahu kenapa kita decide untuk memilih jalan yang kebanyakan orang tak mahu.  Allah saja yang tahu kecewa macam mana hati seorang ibu.  

Semasa hidup, arwah minat pada Najwa Latif.  Dalam fon arwah, hanya ada ayat rukyah dan lagu 'I love you' Najwa Latif.  Warna kegemaran, pink. Pakaian febret tshirt putih dan baju kelawar hitam untuk tidur, long sleve hijau untuk berjalan dan baju kurung kelabu. Tudungnya hitam. Arwah simple orangnya.

Aktiviti hariannya menonton kartun Conan, Hagemaru, Maruko Chan dll.  Dram bersiri terakhir yang arwah tonton, I Love you Mr. Arrogant, tapi arwah lebih suka pada drama Cinta Jannah kerana lebih beremosi. Filem terakhir yang arwah tonton ialah Bencinta. Filem jepun kegemarannya ialah 'One litre of tears'.  

Arwah suka sangat naik basikal laju-laju, menyanyi, suka pada benda seperti pong-pong, suka game, menulis diari dan mendengar cerita dari aku.  Cerita terakhir yang sempat aku ceritakan ialah kisah hari kiamat.  Makanan terakhir yang sempat arwah jamah ialah aiskrim goreng.

Semua ahli keluarga sayang pada arwah sebab sifat arwah yang manja, tak pernah meminta, selalu meminta maaf, malu-malu dan bijak.  Sifat merendah diri, sikap nakal itu biasa bagi kanak-kanak seperti arwah. Keletahnya membuat aku rindu yang teramat. Kehilangannya membawa erti pada aku untuk lebih menyayangi keluarga ni.

Walau pahit mana pun harus aku telan. Terima kasih Allah kerana meminjamkan seorang adik yang comel untuk menceriakan hari-hari aku, menguji kesabaran kedua ibu bapa aku. Pemergian adik sempurna, hingga ke liang lahad masih mampu tersenyum.  Adik, kau pergi pada Jumaat penghulu hari, ketika Allah melimpahkan rezeki hujan rahmat, di bulan Muharam yang mulia, pada mana kau belum akil baligh, kau sudah mengerti kehidupan di akhirat. Kakak minta maaf sebab tak jadi kakak yang terbaik untuk adik.  Tenanglah dibawah jagaan Nabi Ibrahim a.s..Al-fatihah.

Arwahyarhamah Aina Natassya bt. Jamaluddin- Disebalik senyumannya ada kesedihan.