"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian (lebih kuat) mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)
"Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya." (Hadith riwayat Muslim)
Rasulullah swt bersabda,
"Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsana di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah paling besar fitnahnya. Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan itu dan ini, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor : Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata : Engkau tentera terbaik."


No comments:
Post a Comment