Friday, 1 April 2016

Kerja

Sejak-sejak ni aku rasa tawar hati untuk bekerja. Aku merupakan kakitangan kerajaan kontrak. Dengan gaji yang tidak seberapa aku perlu mengendali projek jabatan tanpa apa-apa training dan tanpa pembantu untuk melaksana.  Aku belajar untuk tabah, belajar untuk sabar sehingga satu tahap aku fed up apabila apa yang aku buat tiada garis panduan.  Bos aku kata aku ni lembab, tak agresif, tak pandai.  Memang betul, tapi apa usaha jabatan untuk meningkatkan prestasi aku.  Aku bergerak sendiri, ke sana ke sini ke jabatan lain untuk menuntut ilmu secara tidak formal.  Aku rasa penat apabila apa yang aku buat tak pernah dihargai.  

Bukan aku nak merungut.  Aku cuma rasa terbeban apabila aku mendapat tugasan, aku tak tahu nak buat apa.  Tak ada senior yang boleh ajar aku apa yang perlu aku buat. Bukan aku tak usaha.  Dengan taraf aku yang rendah ini, banyak kali aku dimaki pegawai dari jabatan lain bila aku mohon untuk menjelaskan sesuatu kerja.  

Lagi satu yang tak bestnya, kerja kerajaan ni sepatutnya mementingkan kualiti & kuantiti sebagai garis ukur tapi di sini, ukuran dikira melalui siapa cantik.  Siapa cantik tak kene marah, siapa cantik tak payah buat kerja susah-susah.  Cukup pandai melayan dan cukup pandai menitiskan air mata jika kene marah.  Aku perempuan, aku punya perasaan juga. Memang aku tak pernah nak menangis apabila ditegur dimaki, tapi memang adat bekerja kita kene terima teguran.  

Harap sangat one day aku ada kerja sendiri.  Run business sendiri supaya susah senang aku yang rasa sendiri.  Aku harap supaya orang-orang atasan berubahlah, jangan asik dok nasihat suh kita jadi professional jadi reda dengan kerja yang bukan taraf kita ni. Sebelum nasihat, mohon buat dahulu. 

Maaf jika terkasar bahasa.  Rasa penat dengan kerenah semua.  Ya Allah, tabahkan aku tempuh semua dugaan. Hmm..

Yg benar,

Si kaki bosan =(

No comments:

Post a Comment