Assalamualaikum..
Aku manusia biasa, yang dibebani dengan pelbagai dosa. Aku sedar yang aku banyak membuat dosa. Tetapi azam di hati masih belum kuat untuk mengubah sikap. Pernah juga cuba-cuba untuk bertaubat, tetapi dosa lama masih berulang. Maksudnya, aku masih belum benar-benar bersedia untuk bertaubat. Orang kata, nanti tua barulah taubat, senang sikit sebab collect dosa banyak-banyak dulu, nanti da tua taubat buat sekali je. Bagi aku tidak. BUKAN sama sekali. Memang Allah maha Pengampun. Namun, tahukah kita tentang kematian. Kemungkinan, dalam beberapa saat saja, malaikat maut datang menyeru. Jadi, atas nasihat aku, bertaubatlah selagi kita tahu yang kita membuat dosa yang mampu memurkakan Allah swt. Bertaubatlah sebanyak mungkin kerana kita tak sedar bila dosa kita terkumpul. Tak perlu tunggu hari tua.
Sungguh Allah itu Maha Pengampun. Sebesar mana dosa yang kita lakukan, bila kita bertaubat, pasti Allah memaafkan. Rasulullah saw bersabda:
"Seorang telah melakukan dosa, lalu dia berkaata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah swt berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya,
Dalam riwayat yang lain : Aku ampunkan dosanya, kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata : Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosakku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya,
Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata : Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosakku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Untuk peringatan diri sendiri juga,..jangan berputus asa untuk bertaubat. Keep trying. Kemungkinan besar dengan bertaubat, kehidupan yang baru dapat diperolehi. Sekian. Salam ikhlas.


No comments:
Post a Comment