Adik Aina telah pergi buat selama-lamanya kerana kanser nodus limpa, darah. Walaupun pemakanannya kami jaga, Allah lebih sayangkan arwah. Arwah Aina merupakan cucu pertama yang pergi mengadap Illahi. Walaupun dah hampir sebulan, kenangan bersama adik masih kami ingati. Nenek sebelah ayah mengidap kanser payudara, tapi Alhamdullilah nenek sembuh dengan izinNya. Kanser, bagai dah sebati dengan hidup keluarga. Aku? Mungkinkah aku ni pengidap kanser? Apapun aku hanya boleh berdoa dan amalkan pemakanan GLA Complex Shaklee, Aprikot B17 & Transfer Factor. Kerja belum lagi, tapi ubat-ubatan dah mengalahkan orang bergaji tau.
Orang pertama yang paling risau ialah emak. Air mata aku bergenang, mengesat air itu sebelum mak menyedari yang aku juga risau. Aku sedih bila melihat emak sedih. Wajah emak yang berusia menambah lagi simpati. Tak sanggup aku nak pau mak beribu-ribu untuk benda yang belum pasti boleh memanjangkan umur aku ni. Emak, orang yang paling aku sayang. Paling aku percaya setiap patah perkataan. Segala keputusan aku akan rujuk emak dulu.
Ayah,.Mungkin sebab ayah seorang lelaki. Emosi dapat dikawal lagi. Tapi, memang kami rahsiakan supaya ayah boleh fokus dengan kerjanya sebagai pencari rezeki. Walaupun gaji ayah tak seberapa, kerja ayah hanya tukang kebun, aku bangga ada ayah yang mampu menghulur rezeki buat kami. Aku tenung wajah ayah lama-lama. Seronok melihat ayah sentiasa ceria. Aku tenung ayah dalam-dalam kerana melihat kedua ibu bapa insyaAllah mendapat pahala.
Alhamdulillah, aku masih ada keluarga yang bahagia, yang mampu menggembirakan aku dengan gelak ketawa, gurau senda. Masih ada along, angah yang memberi semangat. Tak akan aku sia-siakan mereka. Aku sentiasa berharap one fine day, aku akan bertemu seorang lagi hamba Allah yang mampu berkongsi suka duka di dunia juga di akhirat. Jika tiada, aku redha kerana Allah sentiasa available, sudi & tak kan bosan bila aku mengadu banyak-banyak, malah Allah mampu memberi yang terbaik untuk hambaNya yang kurang ni. Allahuakbar!
Al-fatihah untuk Arwahyarhamah Aina Natassya Jamaluddin.


No comments:
Post a Comment