Beberapa jam lagi 2019 bakal melabuhkan tirai. Aku cepat2 update post ni sebab rasanya tahun ni jarang sekali jejari aku menaip di blog ni.
So, I'm here untuk listkanlah beberapa perkara yang dah tertunai pada 2019.
Tak banyak, tapi ada...
Untuk kerjaya, ya aku masih level bawah-bawah lagi tapi on Januari aku dapat APC sempena kerja keras 2018.
Then, beberapa projek untuk office telah aku lunaskan. Ada juga projek pameran yang dah diluluskan. Alhamdulilah.
Next is my impian untuk ada rumah tercapai. Suami dapat key rumah dia di Mengkibol Kluang on Julai. Tanpa disangka2 aku dapat key rumah aku di Ulu Tiram on November.
On October, suami dapat offer kerja lain dengan gaji yang lebih baik. Tq Allah.
On 2 Nov, aku and suami dapat pergi short vacation dekat Bukit Tinggi. Honeymoon yang ke berapa, tak ingat. Yes, dalam Malaysia je, tapi syukur alhamdulilah.
28 Disember (Sabtu), kak long aku bertunang. Allah jawab soalan & harapan aku untuk along tersayang. Mungkin ini juga harapan mak ayah aku.
Bab failed pula, aku banyak failed temuduga. Banyak kali pergi iv kot. Asyik failed saja. Betapa kuat pesaing masa sekarang.
Tak lupa Naqiu menang GV beb..hihi
Rasanya itu sajalah pencapaian seorang Azatul pada 2019.
Harapan 2020. Tentulah inginkan sesuatu yang lebih baik. Allah jua yang menentukan. Kita hanya merancang.
Nak baby..nak baby!


No comments:
Post a Comment