Wednesday, 8 January 2014

Aku & dia.

Selepas menulis nota, adik terus meletakkannya di atas meja. Sebelum tidur, adik berpesan pada aku, "Akak Aein, ada sesuatu kat meja."  Aku capai buku nota aku & senyum. Keesokan harinya aku printkan beberapa article tentang kiamat.  Bermula dengan turunnya Dajjal, Yakjuj Makjuj, Nabi Isa & macam-macam lagi. Aku ceritakan padanya sebelum tidur sehingga pukul 2 pagi. Banyak yang adik persoalkan hingga aku sendiri tak mampu nak menjawab. 

Nota terakhir dari adik untuk aku.

Tiga hari sebelum adik pergi buat selama-lamanya, sekali lagi adik bertanya tentang mati. Adik cakap dia tak tahan kesan kimo kali ni. Aku memujuk, membaringkan adik di riba aku. Aku usap-usap kepala adik. "Allah bagi ujian pada orang yang Allah sayang. Kalau adik redha, InsyaAllah adik dapat pahala. Adik belum baligh. Adik jangan takut. Mesti masuk syurga." Aku happy bila adik tersenyum lebar mendengar keterangan aku. Senyum kerana tenang dengan penjelasan benar. Tiga hari kemudiannya, adik pergi juga. Dalam keadaan bersedia & redha.  SubhanAllah.

Aku & dia. (taman syurga)

Andai aku tahu saat kematian itu.  Andai aku sekuat adik. Al-fatihah untuk Arwah adik Aina Natassya Jamaluddin. 

No comments:

Post a Comment